Skip to main content

Malaysia

16 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Sebanyak 50 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana di seluruh negara, manakala dua kawasan berada pada tahap baik. - Gambar fail/BERNAMA
Sebanyak 50 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana di seluruh negara, manakala dua kawasan berada pada tahap baik. - Gambar fail/BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi 160.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak empat lagi kawasan di Selangor turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Klang (159), Petaling Jaya (155), Shah Alam (155) dan Banting (153).

Sebanyak dua kawasan di Negeri Sembilan menunjukkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Seremban dan Nilai dengan masing-masing mencatatkan bacaan 158 dan 157, manakala Putrajaya merekodkan bacaan 152 serta dua kawasan di Kuala Lumpur, iaitu Batu Muda Kuala Lumpur dan Cheras masing-masing 158 dan 120.

Di Melaka, tiga kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat ialah Bukit Rambai (151), Bandaraya Melaka (129) dan Alor Gajah (113), manakala dua kawasan di Johor iaitu Batu Pahat (152) dan Tangkak (135) serta satu kawasan di Sarawak membabitkan Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 152.

Sebanyak 50 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana di seluruh negara, manakala dua kawasan berada pada tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement