awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia gesa MAVCOM kaji semula perbezaan KLIA, KLIA2 sebelum samakan PSC

Bernama
Bernama
02/11/2017
09:41 MYT
AirAsia gesa MAVCOM kaji semula perbezaan KLIA, KLIA2 sebelum samakan PSC
Aireen menjelaskan PSC akan dibayar terus oleh pelanggan yang melakukan perjalanan dan ini tidak akan memberi kesan kepada prestasi kewangan AirAsia. - Gambar fail
AirAsia Bhd mengesyorkan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) agar mengkaji semula perbezaan dalam kemudahan dan perkhidmatan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan KLIA sebelum menyamakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di kedua-dua lapangan terbang itu.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar dalam satu kenyataan berkata KLIA dan klia2 adalah dua terminal lapangan terbang yang sangat berbeza yang menyediakan tahap perkhidmatan dan kemudahan berbeza kepada penggunanya.
“Adalah tidak tepat untuk mengatakan perkhidmatan yang disediakan antara dua terminal lapangan terbang itu setanding kerana kemudahan di KLIA jauh lebih baik berbanding klia2.
“Kami mahukan ketelusan MAVCOM berhubung dakwaan ini dan menggesa Mavcom mengkaji maklum balas daripada pengunjung dan pelanggan klia2, serta, meneliti pelbagai perkara mengenai perbezaan ketara kemudahan yang ditawarkan antara KLIA dan klia2,” katanya sebagai mengulas artikel Bernama yang bertajuk, ‘Equal Charges Will Ensure KLIA Passengers Don't Subsidise KLIA2’ .
Aireen juga menjelaskan PSC akan dibayar terus oleh pelanggan yang melakukan perjalanan dan ini tidak akan memberi kesan kepada prestasi kewangan AirAsia.
Langkah MAVCOM menyamakan PSC bagi kedua-dua lapangan terbang itu dijangka dilaksanakan bermula Januari 2018, di mana bagi penerbangan antarabangsa, kadar PSC akan diseragamkan pada RM73.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Aireen Omar
#Caj Perkhidmatan Penumpang
#KLIA
#KLIA2
#mavcom
#penerbangan
#PSC
#Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan