KUALA LUMPUR:Subsidiari milik penuh AirAsia Group Bhd, AirAsia Investment Ltd (AAIL) sedang melupuskan kepentingan ekuiti sebanyak 32.67 peratus dalam AirAsia India Ltd (AAI) kepada Tata Sons Private Ltd (TSL) pada harga US$37.66 juta (RM152.58 juta).
Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata AAIL hari ini memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan TSL dari India, yang sudah pun memiliki 51 peratus kepentingan dalam AAI.
Cadangan pelupusan itu akan memberikan keuntungan sebanyak RM152.58 juta pada suku keempat 2020 kepada AAIL dan kumpulan yang disatukan.
"Aset bersih dan baki tunai AAIL juga akan meningkat dengan jumlah yang sama sejurus selepas pelaksanaan pelupusan tunai ini," katanya.
Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, akan wujud opsyen saranan berhubung dengan baki 16.33 peratus kepentingan AAI, yang boleh dilaksanakan oleh TSL pada bila-bila masa selepas urus niaga berkenaan selesai.
Di samping itu, terdapat juga opsyen jual yang boleh dilaksanakan oleh AAIL dalam dua peringkat, yang mana peringkat pertama boleh dibuat dari 1 Mac 2022 sehingga 30 Mei 2022 dan peringkat kedua boleh diadakan mulai 1 Okt 2022 hingga 31 Dis 2022.
Jumlah pertimbangan berhubung opsyen yang diberikan bagi baki 16.33 peratus kepentingan AAIL ialah sebanyak US$18.83 juta (kira-kira RM76.29 juta).
Syarikat penerbangan itu berkata AAIL telah bersetuju untuk mengecualikan yuran lesen jenama yang belum dibayar, yang perlu dibayar oleh AAI kepada AirAsia Bhd di bawah perjanjian lesen jenama dan perkhidmatan teknikal bertarikh 30 Dis 2019 berikutan pandemik COVID-19.
Ia menambah pengecualian ini tidak akan memberi sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan AirAsia serta anak-anak syarikatnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020

AAIL hari ini memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan TSL dari India, yang sudah pun memiliki 51 peratus kepentingan dalam AAI. - Bernama

Sukan sebagai platform satukan rakyat - Anas Zubedy
Penulis dan blogger, Anas Zubedy berkata memupuk semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah lagi menerusi pendidikan dan pelaksanaan program sukan.
![AWANI Borneo [18/04/2021] - 11 kes positif | Perpaduan kaum | Kukuhkan Warisan? AWANI Borneo [18/04/2021] - 11 kes positif | Perpaduan kaum | Kukuhkan Warisan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900400/23621876161618746291809_640x360.jpg)
AWANI Borneo [18/04/2021] - 11 kes positif | Perpaduan kaum | Kukuhkan Warisan?
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: Tumpuan #AWANIBorneo 18 April 2021 - Satu kluster baharu libatkan sekolah menengah dikesan di Tatau. - Bazar Ramadan jadi wadah keharmonian kaum di Sabah. - Adakah kerjasama MUDA dan Warisan bakal jadi realiti?

COVID-19: Lapan kematian baharu, ini 5 tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham
Sebanyak 2,195 kes baharu COVID-19 direkodkan, jumlah kes keseluruhan kini 375,054 kes.

PKPD dilanjut, 131 individu dikompaun... ini 5 tumpuan kenyataan media PKP
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut, Terengganu dilanjutkan sehingga 27 April, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kebanyakan negara hadapi masalah kewangan, defisit - Mustapa
Bagaimanapun, nisbah defisit daripada KDNK Malaysia iaitu enam peratus merupakan antara terendah berbanding negara-negara lain.

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingar prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara.

SOP haji lengkap akan diserah kepada MKN, KKM - Zulkifli
Setakat ini, Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim ini.

Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan dikenakan PKPD tengah malam ini
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan bermula tengah malam ini sehingga 2 Mei depan.

18 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

PKPD di 5 kawasan di Besut dilanjut sehingga 27 April - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di Besut Terengganu bermula 21 sehingga 27 April depan.

Kecoh selepas seorang lelaki menjerit dan terus berbogel dalam pesawat AirAsia
Penumpang pesawat AirAsia menuju ke New Delhi cemas seketika selepas seorang lelaki bertindak menanggalkan pakaian.

AirAsia berhasrat ambil semula pekerja yang diberhentikan
AirAsia Group Bhd menyasarkan untuk mengambil semula pekerjanya yang terpaksa diberhentikan pada tahun lepas susulan impak COVID-19, apabila perniagaan syarikat penerbangan itu kembali pulih.

Rugi bersih AirAsia naik kepada RM5.09 bilion bagi tahun kewangan 2020
Daripada RM315.81 juta pada tahun 2019, kini kerugian bersih AirAsia setakat 31 Dis 2020 meningkat kepada RM5.09 bilion.

MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.

Tony Fernandes sedia kemudi MFL
Tan Sri Tony Fernandes bersedia untuk menerajui Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika dicalonkan bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

AirAsia semakin pulih melalui transformasi digital dan peluang lain - Fernandes
AirAsia Group Bhd semakin pulih daripada impak pandemik COVID-19, selepas mengambil peluang baharu termasuk mempercepatkan transformasi digitalnya.

Mediha Mahmood dilantik Pengarah Eksekutif CMCF baharu
Bekas Ketua Perundangan AirAsia Digital, Mediha Mahmood dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) berkuat kuasa mulai 1 Feb lepas.

Keputusan kewangan korporat yang lebih baik dorong Bursa dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.07 mata atau 0.77 peratus kepada 1,577.12 daripada 1,565.05 ketika ditutup pada petang Selasa.

AirAsia X beri amaran orang ramai waspada mesej penipuan di WhatsApp
Modus operandi meminta penerima untuk membuat bayaran ke dalam akaun yang dikatakan milik salah sebuah syarikat pengurusan kredit.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.