PARIS: AirAsia bersedia untuk melebarkan sayapnya menerusi penambahan 19 pesawat Airbus 320 (A320) baharu yang dijangka mula beroperasi tahun ini, dengan pesawat pertama dijangka diterima menjelang akhir bulan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tony Fernandes berkata tambahan pesawat baharu itu akan menyokong usaha syarikat penerbangan berkenaan untuk meraih semula 100 peratus kapasiti sebelum pandemik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Beliau berkata setakat ini, kumpulan itu mempunyai 170 kapal terbang yang kembali beroperasi.
"Kami telah memuktamadkan 19 pesawat dan sedang berbincang untuk menerima lebih banyak.
"Pada masa sama, AirAsia turut menjangkakan kesemua 204 pesawat akan diaktifkan menjelang akhir Ogos ini dan mencapai 100 peratus kapasiti seperti sebelum pandemik beberapa bulan akan datang," katanya kepada media Malaysia di Pertunjukan Udara Paris di sini.
Sebanyak 362 pesawat A321 dijangka tiba tahun depan, katanya sambil memaklumkan AirAsia X dijangka memiliki 15 pesawat berbadan lebar dan 20 pesawat XLR.
"Kami turut bercadang untuk membawa A330 ke Indonesia dan Filipina untuk meluaskan rangkaian ini," katanya.
Sementara itu, Fernandes berkata kumpulan itu telah berusaha memperoleh margin yang baik dan yakin terdapat peningkatan pada akhir tahun ini walaupun dolar Amerika Syarikat mengukuh.
"Selain itu, kami menjangkakan pertumbuhan paling kukuh adalah dari Thailand berikutan pasaran meramalkan pemulihan yang teguh selepas pandemik," katanya.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu juga berharap perniagaan kargo dan logistiknya, Teleport akan menerima kapal pengangkut khas A321F yang pertama daripada tiga, pada Julai untuk meningkatkan volum dan mempercepat penghantaran rentas sempadan di rantau ini.
Berkenaan status Nota Amalan 17 (PN17) syarikat berkenaan, Fernandes menyatakan keyakinan untuk keluar daripada senarai PN17 Bursa Securities pada tahun ini.
"Saya berpendapat bahawa Jun dan Julai adalah bulan yang penting untuk kami. Jadi, tunggu dan lihat," katanya.
Capital A memasuki senarai PN17 Bursa Securities - kategori bagi entiti yang berdepan masalah pada Januari 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023

Fernandes (tengah) berkata kumpulan itu telah berusaha memperoleh margin yang baik dan yakin terdapat peningkatan pada akhir tahun ini walaupun dolar Amerika Syarikat mengukuh. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Sukan Asia - Ekuestrian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pengutip sampah serang pemandu lori dengan parang
Polis menahan seorang lelaki di Taman Setapak Jaya yang disyaki menyerang seorang pemandu lori dengan menggunakan objek tajam di Pandan Perdana dua hari lepas.
AWANI 7:45 [28/09/2023] - Qabil rangkul emas | Yakin tiada kenaikan harga barang | Jamin beras putih cukup | Laksanakan pelan komprehensif
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
1. Malaysia cipta sejarah, raih emas pertama ekuestrian di Sukan Asia
2. Banjir di Kedah memburuk
3. Paynet perjelas, caj transaksi duitnow QR hanya untuk RM5 ribu ke atas
4. Isu Beras, Bernas beri jaminan bekalan beras putih cukup
#AWANInews

PM Thailand derma gaji, elaun kepada badan kebajikan
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan menyumbang gaji dan elaun bulanan sepanjang menerajui perntadbiran negara kepada pelbagai badan amal dan yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sindiket seludup makan sejuk beku lebih RM2 juta tumpas di Sandakan
WCB/PSK JKDNKA PDRM, PGA Sabah dan JPVS, menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dari loji yang tidak diiktiraf, yang dianggarkan bernilai RM2,722,604 di sini malam tadi.
China lancar kereta api berkelajuan tinggi merentas laut pertama
China melancarkan landasan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya yang akan merentasi beberapa teluk serta menyusuri sepanjang pantai wilayah tenggara Fujian berhampiran Selat Taiwan, lapor media kerajaan hari ini.
Malaysia cipta sejarah rangkul emas acara ekuestrian
Malaysia cipta sejarah apabila rangkul emas kali pertama bagi acara ekuestrian.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Terus bersama Wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam.
Skuad skuasy wanita bertemu Korea Selatan di separuh akhir
Pasukan skuasy wanita negara, yang menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa kalah, akan berdepan Korea Selatan dalam separuh akhir acara berpasukan esok.

Hampir lapan tahun dayung bot, wanita Orang Asli terharu dikurnia enjin bot oleh Sultan Johor
Sultan Johor sentiasa mengurniakan pelbagai bantuan kepada masyarakat Orang Asli dalam meringankan beban mereka.

Malaysia kutuk pencerobohan ekstremis Israel di Masjid Al-Aqsa
Satu lagi tindakan rejim Israel yang bertujuan mencabar status quo undang-undang dan politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi digantung sementara
Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi tidak ditamatkan, tetapi hanya digantung untuk sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.

AirAsia raih pengiktirafan utama di World Travel Awards 2023
AirAsia meneruskan kemenangan di World Travel Awards (WTA) 2023 -- Asia dan Oceania -- dengan merangkul dua anugerah utama.

Tony Fernandes jual semua saham dalam QPR, tumpu bangun semula perniagaan penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR).

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Pahamin
Fahmi menerusi catatan di Facebook hari ini mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.

Tidak akan ada AirAsia tanpa Pahamin, kata Fernandes
Fernandes berkata walaupun mereka tidak begitu selalu berjumpa, Pahamin sentiasa berhubung dan seorang penyokong yang hebat.

'Kalaulah saya ada peluang...' - Leona luah rasa sedih pemergian datuk kesayangan
Kata Leona, dia masih tidak percaya dengan pemergian datuknya itu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan arwah.

Sarvysswharrann terima Anugerah Duta Penerbangan Terbanyak Kanak-Kanak MBOR
Kriteria MBOR bagi anugerah itu adalah seseorang kanak-kanak itu pernah sekurang-kurangnya menerima tiga anugerah duta penerbangan.

AirAsia lebarkan sayap, tambah 19 pesawat A320 tahun ini
Ia bakal menyokong usaha syarikat itu untuk meraih semula 100 peratus kapasiti sebelum pandemik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-14 di Skytrax
AirAsia telah dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 untuk kali ke-14 berturut-turut, sekali gus menjadikan syarikat pene