Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Jun 2026.

1. Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, di sini, awal pagi Isnin.

2. Kadar tambang ECRL masih dalam penilaian, belum dimuktamad - MRL

Kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan belum diumumkan secara rasmi, kata Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).

3. Pemindahan Teraju ke JPM perluas peluang realisasikan agenda PuTERA35 - Akmal Nasrullah

Pemindahan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ke bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuka peluang luas bagi agensi tersebut merealisasikan agenda Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

4. Skala penyelewengan 1MDB Najib jadikan 'Atilla the Hun' seperti budak koir - Hakim Sequerah

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Datuk Seri Najib Razak begitu besar sehingga menjadikan ‘Attila the Hun’ kelihatan seperti budak koir jika dibandingkan dengannya, menurut Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

5. Pusat Darah Negara sasar kadar derma darah capai tiga peratus

Pusat Darah Negara menyasarkan peningkatan kadar pendermaan darah di Malaysia kepada sekurang-kurangnya tiga peratus daripada jumlah populasi semasa bagi memastikan bekalan darah negara kekal stabil dan mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

6. Anwar berlepas ke Rusia hadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-RUSIA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia.

7. Astro AWANI kekal jenama berita paling dipercayai 9 tahun berturut-turut

Astro AWANI terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini untuk sembilan tahun berturut-turut, sejak 2018.

8. Tribunal Bagi Antibuli: Ibu bapa pembuli boleh dihukum, pampasan kepada mangsa sehingga RM250,000

Ibu bapa boleh dihukum dalam sebarang bentuk atau liabiliti secara bersama, jika pelaku kesalahan buli diputuskan bersalah oleh Tribunal Bagi Antibuli.

9. 2 anggota tentera maut bom meletup, Panglima arah siasatan

Dua anggota tentera maut dipercayai akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, di sini, pada Selasa.

10. Rexy mahu gandingan baharu bukan sekadar cuba nasib, fokus misi layak ke LA28

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mahu semua gandingan beregu lelaki negara yang dibentuk menerusi rombakan terbaharu mempunyai matlamat jelas, termasuk memburu kelayakan ke Sukan Olimpik 2028 (LA28) di Los Angeles.

 


 

 

Must Watch Video

Advertisement