awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut dirempuh van Siam langgar lampu isyarat merah
[TERKINI] Bung Moktar bebas kes rasuah RM2.8 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang anggaran KDNK suku keempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia menang Kru Kabin Peneraju Asia pada Anugerah Pengembaraan Dunia

Bernama
Bernama
30/10/2015
14:19 MYT
AirAsia menang Kru Kabin Peneraju Asia pada Anugerah Pengembaraan Dunia
TONY: Kami bukan sekadar penerbangan tambang rendah, tetapi penerbangan yang menyediakan nilai tinggi. -Gambar fail
AirAsia menjadi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) pertama yang dianugerahkan 'Kabin Kru Peneraju Asia' pada Gala Anugerah Pengembaraan Dunia (Asia & Australasia) 2015 di Hong Kong.
Syarikat penerbangan lain yang dicalonkan untuk kategori itu ialah Air India, Cathay Pacific Airways, China Southern Airlines, Garuda Indonesia, Hainan Airlines, Hong Kong Airlines, Korean Air, Malaysia Airlines, Singapore Airlines, SriLankan Airlines dan Thai Airways.
"Saya sangat bangga dengan pencapaian pasukan kru kabin kami. Hari ini adalah bukti usaha sedaya-upaya melangkaui batas - kami bukan sekadar penerbangan tambang rendah, tetapi penerbangan yang menyediakan nilai tinggi.
"Kami berterima kasih kepada semua yang mengundi kami dan tahniah kepada pasukan kru kabin saya. Kami adalah yang pertama dan satu-satunya LCC yang dicalonkan untuk kategori ini dan kami menang," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Group, Tan Sri Tony Fernandes dalam kenyataan.
Syarikat itu turut dicalonkan dalam empat kategori untuk Anugerah Pengembaraan Dunia 2015 yang akan diadakan pada Disember 2015.
Buat pertama kali, AirAsia dicalonkan dalam kategori Kru Kabin Peneraju Dunia; Laman Web Penerbangan Tambang Rendah Peneraju Dunia dan Aplikasi Penerbangan Tambang Rendah Peneraju Dunia; manakala pencalonan untuk kategori Penerbangan Tambang Rendah Peneraju Dunia adalah bagi tahun keempat berturut-turut.
AirAsia juga dinamakan Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Terbaik Asia oleh Skytrax untuk tujuh tahun berturut-turut dari 2009 hingga 2015.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Gala Anugerah Pengembaraan Dunia
#Kabin Kru Peneraju Asia
#LLC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan