awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari

Bernama
Bernama
19/01/2024
04:32 MYT
AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
Dengan penambahan kekerapan itu juga AirAsia menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang yang berpatutan. - Gambar fail/AirAsia
JAKARTA: AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu, dari tiga penerbangan seminggu bermula 8 Februari.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata peningkatan kekerapan itu tepat pada masanya ketika industri pelancongan kedua-dua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.
Dengan penambahan kekerapan itu juga AirAsia menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan dengan kadar tambang yang berpatutan.
"Laluan Kuching ke Jakarta ini juga sangat penting sebagai penghubung antara Sarawak ke bahagian lain di Indonesia, Indonesia, terutamanya dengan penubuhan ibu negara yang baharu, Nusantara, di Kalimantan Timur," kata syarikat penerbangan itu.
Tempat duduk boleh ditempah untuk penerbangan segera dengan harga serendah Rp689.000 sehala dari Jakarta dan RM149 dari Kuching melalui aplikasi airasia Superapp dan laman web airasia.com.
Laluan Jakarta-Kuching yang dikendalikan oleh AirAsia Indonesia dilancarkan pada 15 Jun tahun lepas.
Ia kemudiannya menjadi pilihan popular dalam kalangan penumpang dari kedua-dua bandar raya, khususnya warga Indonesia yang mengunjungi Kuching untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan warisan sejarah Sarawak serta penumpang dari Sarawak untuk membeli-belah dan menikmati pengalaman kulinari di Jakarta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Jakarta
#Kuching
#tambah penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan