KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) merekodkan kerugian bersih berjumlah RM149.14 juta dan perolehan sebanyak RM99.27 juta bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2021.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu menjelaskan pihaknya mengalami kesan penuh akibat pandemik COVID-19 pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Berikutan penggantungan operasi penerbangan berjadual pada April 2020 dan kebanyakan pesawat tidak beroperasi maka indikator prestasi untuk perniagaan adalah tidak signifikan, menurutnya.
AirAsia X menambah, pembentangan jadual metrik perolehan dan kos bagi suku tersebut juga tidak disertakan kerana tiada perbandingan yang setara bagi suku yang sama seperti pada 30 Sept, 2021.
"Seperti yang diumumkan pada 2 Dis, 2020 akhir tahun kewangan syarikat diubah dari 31 Dis, 2020 kepada 30 Jun, 2021.
"Oleh itu, tiada sebarang perbandingan maklumat kewangan yang tersedia bagi suku yang sama tahun lepas," menurutnya.
AirAsia X menjelaskan, pada suku semasa dan tempoh berakhir, tiada pendapatan faedah, pendapatan lain termasuk pendapatan pelaburan, perbelanjaan faedah, susut nilai dan pelunasan, peruntukan untuk dan hapus kira bagi boleh terima dan inventori, keuntungan atau kerugian daripada penjualan pelaburan atau hartanah yang disebut atau tidak disebut, susut nilai aset, keuntungan atau kerugian pertukaran asing, keuntungan atau kerugian ke atas derivatif dan/atau item luar biasa kecuali seperti yang dicatatkan sama ada dalam penyata pendapatan yang disatukan dan/atau nota bagi penyata kewangan tidak diaudit.
Mengenai prospek, pada 12 Nov, 2021 pihaknya telah mengadakan mesyuarat pemiutang (CCM) untuk mempertimbangkan cadangan penstrukturan semula hutang seperti yang dibentangkan dalam penyata penjelasan bertarikh 18 Okt, 2021, menurut AirAsia X.
Ia menambah, pada mesyuarat itu, cadangan penstrukturan semula hutang telah diluluskan oleh 100 peratus pemiutang Kelas A; 97.56 peratus pemiutang Kelas B dan 100 peratus pemiutang Kelas C yang hadir dan mengundi sama ada secara peribadi atau melalui proksi pada CCM itu.
"Memandangkan syarat majoriti yang diperlukan sebanyak 75 peratus bagi setiap pemiutang Kelas A, pemiutang Kelas B dan pemiutang Kelas C telah diperoleh pada CCM masing-masing, cadangan penstrukturan semula hutang telah diluluskan dengan sewajarnya oleh pemiutang skim, dan kini masih tertakluk kepada kebenaran Mahkamah Tinggi.
"Tertakluk kepada kebenaran oleh Mahkamah Tinggi bagi cadangan penstrukturan semula hutang itu, cadangan pengurangan modal dan langkah pengumpulan dana yang diluluskan oleh pemegang saham syarikat pada mesyuarat agung luar biasa yang diadakan pada 1 Jun, 2021 akan dimulakan," menurutnya.
Syarikat itu menambah, langkah mengumpul dana itu bertujuan mengumpul modal yang mencukupi untuk memulakan semula operasi apabila sempadan antarabangsa dibuka kembali dan menyediakan mudah tunai mencukupi untuk membolehkan syarikat memenuhi obligasi kewangannya.
"Perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan kepada Bursa Malaysia apabila ia berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Syarikat itu menjelaskan pihaknya mengalami kesan penuh akibat pandemik COVID-19 pada suku pertama tahun kewangan 2022. - Gambar fail/ Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.