awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X pajak pesawat daripada Asia Aviation Capital bernilai RM30.54 juta

Bernama
Bernama
05/12/2023
12:21 MYT
AirAsia X pajak pesawat daripada Asia Aviation Capital bernilai RM30.54 juta
AAX berkata pesawat tambahan itu mempunyai konfigurasi yang sama dengan barisan pesawat sedia ada, sekali gus melancarkan peralihannya ke dalam barisan pesawat syarikat. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) telah memeterai perjanjian pajakan dengan Asia Aviation Capital Ltd (AACL) untuk pajakan pesawat MSN1596 selama setahun, dengan anggaran nilai RM30.54 juta, termasuk sewaan pemajakan dan rizab penyelenggaraan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AAX berkata pesawat tambahan itu mempunyai konfigurasi yang sama dengan barisan pesawat sedia ada, sekali gus melancarkan peralihannya ke dalam barisan pesawat syarikat.
"Syarat utama dalam urus niaga itu adalah berdasarkan amalan pasaran semasa, dan syarat yang sama termasuk untuk sijil pengendali udara (AOC) lain yang mengandungi nama AirAsia atau AirAsia X, tertakluk kepada situasi pasaran dan pembolehubah lain pada masa tersebut.
"Selain itu, kadar yang ditawarkan kepada AAX telah disepakati atas dasar yang dipersetujui oleh kedua-dua AACL dan AAX," katanya.
AAX berkata risiko kewangan berkaitan dengan perjanjian itu dijangka terhad kepada nilai kontrak dan tiada risiko lain yang dikaitkan dengan urus niaga.
AACL ialah unit milik penuh AirAsia Bhd, yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh Capital A Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#pajak pesawat
#Asia Aviation Capital
#MSN1596
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan