awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

Bernama
Bernama
25/12/2025
08:30 MYT
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Rus'sele (tengah) ketika sidang media di Pejabat Speaker DUN Perlis pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KANGAR: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Perlis yang jawatan mereka sebagai wakil rakyat gugur selepas keahlian mereka terhenti serta-merta diminta memulangkan segera aset kerajaan negeri yang digunakan.

Ringkasan AI
  • Tiga ADUN Pas di Perlis kehilangan jawatan wakil rakyat selepas keahlian mereka dihentikan serta-merta, dipanggil untuk memulangkan aset kerajaan negeri yang digunakan.
  • Speaker DUN Perlis, Rus' sele Eizan menyatakan kekosongan jawatan DUN Chuping, Bintong, dan Guar Sanji berdasarkan undang-undang negeri.
  • Keputusan penghentian keahlian tiga ADUN Pas disebabkan oleh hilangnya kepercayaan dan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus'sele Eizan berkata pihak DUN akan memaklumkan mengenai pemulangan keperluan yang diguna pakai ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.
"Secara automatik (jawatan) gugur, kita bukan pecat tetapi memang diberhentikan, semua jawatan dipegang termasuk wakil rakyat, (aset kerajaan negeri digunakan mereka harus) dipulangkan secepat mungkin," katanya pada sidang media di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.
Mohd Ridzuan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan serta Sains, Teknologi dan Inovasi Perlis.
Terdahulu, Rus'sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga ADUN itu terhenti serta-merta.
Rus'sele berkata kekosongan itu selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
[TERKINI] Speaker DUN Perlis sahkan tiga kekosongan luar jangka
Sebelum ini, media melaporkan ADUN Perikatan Nasional (PN) di Perlis didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Berikutan itu, kenyataan media Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi memaklumkan keahlian tiga ADUN berkenaan terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025).
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, PN memenangi 14 kerusi DUN negeri itu tediri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu, manakala seorang ADUN PKR bagi Indera Kayangan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#kemelut politik Perlis
#jawatan ADUN gugur
#pulang aset kerajaan negeri
#Speaker DUN Perlis
#Rus'sele Eizan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan