AirAsia Group Bhd yakin kerajaan akan menimbang cadangannya untuk memindahkan semula operasinya ke Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata sekiranya syarikat penerbangan tambang rendah itu dibenarkan berpindah kembali ke Terminal 2 daripada Terminal 1 sekarang, operasi di Terminal 2 akan bermula dalam tempoh enam bulan akan datang atau kemungkinan lebih cepat dalam tempoh tiga bulan.
"Terminal 2 sangat penting dalam pembangunan pelancongan Sabah. Kami tidak dapat banyak berkembang sejak Terminal 2 ditutup. Jadi kami mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Pengangkutan, dan hari ini kami bertemu dengan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) untuk berbincang mengenai pembukaan semula Terminal 2.
"Kami percaya dengan Terminal 2, kami boleh meneruskan pertumbuhan yang kami catatkan sebelum ini, kira-kira 26 peratus (gabungan tahunan). Kami fikir kami boleh, dalam tempoh jangka pendek, membawa masuk lima juta pelancong ke Sabah.
"Perbezaan besarnya adalah sekarang AirAsia X menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Sabah...dan kami mahu memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu (KK)-India, KK ke bahagian utara Asia (seperti) China, Jepun, dan Korea, dan juga ke Australia (terutamanya) Melbourne, Sydney dan Perth," katanya kepada pemberita di KKIA, di sini, hari ini.
Terdahulu hari ini, Fernandes mengunjungi Mohd Shafie di pejabat Ketua Menteri.
Fernandes berkata Mohd Shafie "nampaknya kelihatan seperti menerima (cadangan) itu".
Selain membincangkan cadangan AirAsia untuk kembali ke Terminal 2, perkara lain yang turut dibincangkan dengan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Negeri, ialah mengenai penerbangan terus dari pelbagai destinasi ke Sandakan dan Tawau.
AirAsia menamatkan operasinya di Terminal 2 berkuat kuasa 1 Dis, 2015, mengakhiri operasi syarikat penerbangan itu di terminal tersebut sejak 12 tahun lalu. Perpindahan ke Terminal 1 adalah atas arahan yang dibuat oleh menteri pengangkutan pada masa itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Fernandes, AirAsia merancang memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk membuka semula operasi di Terminal 2 bagi mencapai sasaran lima juta penumpang setahun serta mewujudkan kira-kira 30,000 pekerjaan bagi orang tempatan.
"Jadi kami berharap cadangan kami akan diterima," katanya, sambil menambah beliau juga memaklumkan kepada Mohd Shafie tentang bagaimana syarikat penerbangan itu boleh memainkan peranan membantu Sabah dalam pembangunan modal serta bidang sains data dan kejuruteraan data.
Fernandes yang memuji kemajuan pembangunan Sabah juga berkata negeri ini memiliki potensi amat besar untuk menjadi hab utama penerbangan antara Australia dan Asia Utara, sama seperti Dubai di mana orang boleh singgah di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah.
Selain itu, katanya, AirAsia juga boleh menyediakan jaringan hubungan yang baik yang akan dapat banyak membantu meningkatkan perniagaan dan pelaburan di negeri ini.
Mengenai cadangan Sabah untuk membina sebuah lapangan terbang baharu, Fernandes berkata beliau berharap lapangan terbang baharu itu akan termasuk terminal tambang rendah bagi menampung permintaan pesat terhadap perkhidmatan penerbangan tambang rendah di ASEAN dan Asia berbanding perkhidmatan penerbangan premium.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 19 2018
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua, kiri) menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Anthony Francis Fernandes (dua, kanan) hari ini. - Foto Bernama
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.