awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024

Bernama
Bernama
27/08/2024
06:02 MYT
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia berkata semua penerbangan kini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com mulai hari ini, - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu iaitu Pulau Pinang-Shenzhen dan Kota Kinabalu-Shantou, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penerbangan tambang rendah asing terbesar di negara tersebut.
AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengendalikan empat penerbangan mingguan dari Pulau Pinang ke Shenzhen mulai 28 Oktober 2024 manakala penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou akan bermula pada 16 November 2024 dengan tiga penerbangan mingguan, katanya dalam satu kenyataan.
"Sempena meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi untuk penerbangan antara Pulau Pinang dan Shenzhen bermula daripada RM329 termasuk semua sehala serta penerbangan dari Kota Kinabalu ke Shantou dengan tambang bermula dari RM299 termasuk semua sehala, tertakluk kepada terma dan syarat dikenakan.
AirAsia berkata semua penerbangan kini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini hingga 8 September 2024.
"Tempah penerbangan dari Pulau Pinang ke Shenzhen antara 28 Oktober 2024 hingga 29 Mac 2025 dan dari Kota Kinabalu ke Shantou antara 16 November 2024 hingga 29 Mac 2025, nikmati tambang promosi istimewa ditawarkan pada tempoh berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#laluan baharu
#China
#pulau pinang
#Shenzhen
#Kota Kinabalu
#Shantou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan