Skip to main content

Dunia

Rundingan hampir sedekad dengan Houthi gagal tamatkan konflik - Menteri Luar Yaman

Afrah Al-Zouba menuduh Houthi menggunakan tempoh tenang untuk memperbaharui bekalan senjata mereka dan berulang kali menghalang usaha untuk menamatkan konflik. - Foto Reuters
Afrah Al-Zouba menuduh Houthi menggunakan tempoh tenang untuk memperbaharui bekalan senjata mereka dan berulang kali menghalang usaha untuk menamatkan konflik. - Foto Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Rundingan hampir sedekad antara kerajaan Yaman dan Houthi gagal mencapai penyelesaian politik, menurut Menteri Luar Yaman.
  • Kerajaan Yaman berikrar meneruskan operasi ketenteraan sehingga objektif negara tercapai dan kumpulan Houthi dilucutkan senjata.
  • Houthi didakwa menggunakan tempoh tenang untuk memperbaharui bekalan senjata dan menggagalkan beberapa usaha damai sejak 2016.

ISTANBUL: Hampir sedekad rundingan dengan Houthi telah gagal untuk mendapatkan penyelesaian politik, lapor Anadolu Ajansi memetik menteri luar Yaman.

Menteri itu berikrar untuk meneruskan operasi ketenteraan sehingga objektif negara tercapai dan kumpulan itu dilucutkan senjata.

Afrah Al-Zouba menuduh Houthi menggunakan tempoh tenang untuk memperbaharui bekalan senjata mereka dan berulang kali menghalang usaha untuk menamatkan konflik.

Kerajaan tidak akan menerima rundingan yang memberi peluang kepada kumpulan itu untuk memulihkan bekalan senjata semula, katanya kepada wartawan di Istanbul.

Al-Zouba memetik rundingan 2016, mengatakan Houthi enggan menandatangani perjanjian yang dicadangkan selepas kira-kira 100 hari rundingan.

 Beliau juga menuduh mereka menggagalkan usaha damai berikutnya termasuk inisiatif yang disokong Arab Saudi bemula pada 2022.

Katanya operasi "Fajar Yaman" akan diteruskan dengan "tegas" sehingga objektifnya tercapai.

Al-Zouba bertemu Menteri Luar Turki Hakan Fidan awal Sabtu semasa lawatan pertamanya ke Türkiye sejak memegang jawatan pada Julai.

Yaman dibelenggu konflik sejak Houthi merampas ibu kota Sanaa dan wilayah lain pada 2014, mendorong pakatan yang diketuai Arab Saudi untuk campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Houthi menguasai sebahagian besar utara dan barat Yaman manakala tentera kerajaan dan sekutu mereka menguasai Aden dan sebahagian besar wilayah selatan dan timur.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement