Alton Industry Ltd Group (Alton) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sedang mengembangkan tapak pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke Malaysia di samping merancang untuk melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, David Lu berkata pembinaan kemudahan pembuatan baharu Alton di Johor Bahru telah mula dilaksanakan dan dijadualkan siap pada 2024 sebelum berperanan sebagai pusat R&D global bagi platform teknologi baharu.
“Apabila siap, Alton bersedia untuk terus berkembang bagi meyokong kapasiti pengeluaran dan memenuhi permintaan yang pelbagai dan permintaan yang sentiasa meningkat daripada jumlah pelanggan global,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu susulan mesyuarat beliau dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di New York, AS.
David berkata pihaknya gembira untuk mengembangkan jejak global ke Malaysia.
“Kemudahan baharu ini akan membolehkan kami menyokong pelanggan global kami dan membolehkan pengembangan ke pasaran lain dengan pantas.
“Insentif daripada kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, sebagai tambahan akan menyokong dari segi infrastruktur sekali gus menjadikan ini satu langkah pelaburan yang baik untuk syarikat,” katanya.
Menurut kenyataan yang sama, Tengku Zafrul mengalu-alukan pengembangan global yang besar oleh Alton, di samping komitmen pelaburan fasa satunya bernilai RM500 juta.
“Keputusan Alton untuk mengembangkan pangkalan pembuatan dan R&D di Malaysia mencerminkan keyakinannya terhadap daya tarikan negara sebagai destinasi pelaburan,” katanya.
Beliau berkata pelaburan itu juga sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan Malaysia baru-baru ini, yang bertujuan mewujudkan persekitaran mesra pelaburan selain dengan pesat menerima guna teknologi untuk meningkatkan ekosistem sektor pembuatan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman berkata MIDA bersedia memberikan sokongan yang diperlukan kepada Alton untuk memastikan pelaksanaan projek pelaburan yang lancar di negara ini.
Alton membuat pelbagai jenis alatan komersial dan pengguna, perkakasan dan kelengkapan, selain perkakasan rumah dan produk penjagaan lantai.
Syarikat ini beroperasi di lebih 75 negara di seluruh dunia, dengan pejabat di China, Jepun, Hong Kong, Eropah dan AS.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Tengku Zafrul mengalu-alukan pengembangan global yang besar oleh Alton, di samping komitmen pelaburan fasa satunya bernilai RM500 juta. - Gambar/ Bernama

Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.

Gaji rendah, kurang pendedahan faktor Malaysia kurang pakar keselamatan siber
Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

"Dr Mahathir tak beri nasihat yang baik kepada pembangkang" - Fahmi
Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak menjadi penasihat yang baik melibatkan empat negeri yang berada di bawah pemerintahan parti pembangkang.

Lawatan kerja ke Vietnam bincang isu berkait keselamatan - Mohamad Hasan
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan akan melakukan lawatan kerja ke Vietnam Ahad ini, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keselamatan dengan rakan sejawatnya di negara itu.

'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.

Siti Nordiana ‘hilang suara’, kes saman ditangguhkan
Prosiding kes saman Siti Nordiana Alias terhadap lima individu termasuk dua artis iaitu Lan Solo dan Syura, ditangguhkan selepas penyanyi itu hilang suara.

Adam Radlan berdepan enam lagi kes AMLA
Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menambah, kerajaan berharap
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.
jaringan perlindungan sosial dapat dibincangkan dengan lebih mendalam.

APEC 2023: PM bawa suara Malaysia demi perkukuh pelaburan, perdagangan serantau - Tengku Zafrul
Perdana Menteri akan membawa suara besar Malaysia seiring usaha memperkukuh pelaburan dan perdagangan serantau pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin APEC.

FDI dari Jepun dijangka cecah lebih AS$30 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
MITI menjangkakan FDI dari Jepun melebihi AS$30 bilion tahun ini, didorong oleh sokongan berterusan daripada syarikat Jepun.

Wujud peluang pelaburan syarikat Malaysia di Arab Saudi, negara GCC - Tengku Zafrul
Kedudukan ASEAN sebagai blok kelima terbesar dunia dengan populasi 680 juta penduduk mampu menyediakan pasaran yang luas untuk negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

'Terima kasih atas kepercayaan, pertemuan dengan BAM dalam masa terdekat' - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung pemilihannya mengisi jawatan presiden persatuan itu.

Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas bagi Malaysia-UAE - Zafrul
Malaysia meramalkan peluang perdagangan dan pelaburan yang luas untuk dimanfaatkan oleh Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan akan pastikan pemilikan EV tersedia untuk semua - Tengku Zafrul
Kerajaan akan memastikan pemilikan kenderaan elektrik (EV) adalah tersedia untuk semua kumpulan berpendapatan menerusi subsidi bersasar dan bantuan kewangan.

Alton Industry berpangkalan di Amerika Syarikat mahu labur RM2 bilion di Malaysia
Alton sedang mengembangkan tapak pembuatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke Malaysia di samping merancang untuk melabur lebih RM2 bilion dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Dua syarikat utama AS bakal kembangkan operasi ke Malaysia - Tengku Zafrul
Dua firma elektrik dan elektronik (E&E) utama Amerika Syarikat (AS) bakal mengembangkan operasi mereka ke Malaysia dan satu daripadanya dijangka melabur sekurang-kurangnya RM500 juta.

Malaysia terus tarik pelaburan asing, situasi politik tidak lagi jadi kebimbangan - Tengku Zafrul
Malaysia terus menarik pelaburan besar dari syarikat-syarikat global kerana kestabilan politik semasa, ekosistem rantaian bekalannya yang kukuh dan peranan penting yang dimainkan oleh Perdana Menteri.

Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI berjumlah RM20 bilion- Tengku Zafrul
MITI telah meraih sejumlah RM20 bilion pelaburan komited dari Singapura sejak Januari 2023, dengan yang terkini RM7 bilion FDI daripada pelabur melalui misi pelaburan baru-baru ini ke negara itu.