KUALA LUMPUR: Marilah kita sama-sama melakukan amalan berinfaq atau bersedekah bagi pembangunan Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum (MAHWU) di Jeram, Kuala Selangor.
MAHWU merupakan madrasah yang membantu anak-anak yatim serta golongan asnaf untuk mendapatkan pendidikan secara percuma melalui sebuah sistem pengajian Islam yang tulen berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
Institusi tersebut turut menyediakan elaun bulanan kepada para pelajar supaya meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian selain menjadikannya sebagai simpanan masa hadapan.
Pendakwah bebas dan wakil MAHWU, Ustaz Maulana Iqbal Zain berkata, jika diberi peluang dan kesempatan, lebih-lebih lagi daripada segi kewangan, ambil peluang keemasan ini untuk menjaga anak-anak yatim.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi Muhammad SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga," hadis riwayat Muslim.
“Berilah mereka kasih sayang dan cintai mereka seperti anak sendiri. Jelas sekali, kita dijanjikan syurga di destinasi terakhir nanti apabila kita menjaga anak yatim. Betapa besarnya darjat seseorang yang menjaga anak yatim walaupun anak yatim milik orang lain.
“Dengan sayangi dan cintai anak yatim, kita dapat memberi sebuah dunia baharu buat mereka agar mereka tidak berasa keseorangan,” ujarnya ketika menjadi tetamu dalam Niaga AWANI pada Jumaat.
Setakat ini, MAHWU beroperasi sebagai sebuah sekolah agama persendirian atau rakyat yang tidak menerima sebarang bantuan tetap daripada mana-mana agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Menurut Maulana Iqbal, sumber kewangan MAHWU adalah hasil daripada sumbangan orang ramai atau pihak keluarga pelajar sendiri.
“Kami juga tidak menetapkan sebarang bayaran sebaliknya mengikut kepada kemampuan pelajar kerana pelajar kebanyakannya terdiri daripada golongan anak yatim, asnaf dan kurang kemampuan.
“Selain itu, MAHWU merupakan penolong amil zakat Selangor. Mana-mana pembayaran dilakukan melalui MAHWU, sebanyak 50 peratus daripada jumlah bayaran tersebut pihak Lembaga Zakat Selangor akan menyalurkan semula kepada pihak MAHWU untuk di agihkan kepada asnaf di bawah jagaan mereka,” jelasnya.
Pada awalnya MAHWU hanya memulakan operasi dengan menyewa rumah kedai tingkat atas sebanyak satu lot dan sebuah rumah sewa. Disebabkan pertambahan pelajar, madrasah tersebut kini berkembang ke empat lokasi berbeza iaitu dua cawangan di Puncak Alam dan masing-masing satu iaitu di Shah Alam serta Klang.
Tiga cawangan daripadanya merupakan madrasah Lelaki (Lil Banin) dan sebuah madrasah perempuan (Lil Banat).
Disebabkan pertambahan pelajar yang semakin ramai setiap tahun, pada tahun 2016, pihak pengurusan MAHWU membuat perancangan jangka panjang dengan membeli sebidang tanah berkeluasan tiga ekar di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor.
Tanah tersebut akan digunakan untuk membina sebuah madrasah yang mengabungkan kesemua cawangan MAHWU dalam satu tempat.
Tambah beliau, kos keseluruhan pembinaan dianggarkan sebanyak RM13.763 juta dan pihaknya masih lagi memerlukan sumbangan bagi membantu MAHWU menjayakan projek ini.
“Antara kemudahan serta kelengkapan bakal dibina di MAHWU seperti masing-masing dua buah blok bangunan kelas, bangunan asrama, sebuah blok bagi kuarters rumah Pengerusi, guru dan pekerja, surau, rumah tetamu, kemudahan beriadah seperti padang, tempat perjumpaan, dewan makan dan koperasi.
“Jika kita berinfaq jariah kepada MAHWU, apabila siap sepenuhnya kelak… setiap kali kemudahan madrasah digunakan, setiap kali itu menambah amalan dan pahala kita,” katanya.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya," hadis riwayat Muslim.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan atau berinfaq bagi pembangunan MAHWU boleh salurkan melalui maklumat dibawah:
Akaun Bank Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum:
Maybank: 5621 3350 7311
CIMB Bank: 8603 0931 51
Laman web: www.infaqpembinaanmahwu.com
Tel: 018-325 1843 (Ustaz Hafizhullah)
Facebook: Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum
Apapun harta yang kita infakkan, maka Allah S.W.T pasti akan menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.
Haikal Raman
Fri Jul 15 2022
MAHWU menyediakan peluang kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf dalam mendapatkan pendidikan secara percuma melalui sebuah sistem pengajian Islam yang tulen berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
10 Berita Pilihan - (14 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Roket SpaceX lakar sejarah, mendarat dengan cara tangkapan
SpaceX pada Ahad mencipta sejarah kejuruteraan apabila roket Spaceshipnya mendarat dengan cara tangkapan menggunakan lengan mekanikal 'Mechazilla' di Texas, Amerika Syarikat.
Kapal perang, pesawat tentera China buat formasi berhampiran Taiwan
Sejumlah 125 pesawat tentera dan 17 kapal perang China telah terlibat dalam provokasi ketenteraan berhampiran Taiwan pada Isnin, kata kementerian pertahanan Taiwan.
Tumpuan Selasa – 15 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Fasa kedua vaksinasi polio untuk kanak-kanak Palestin bermula
Fasa kedua kempen vaksinasi polio di tengah Gaza telah bermula pada Isnin, untuk melindungi kanak-kanak Palestin daripada epidemik dan penyakit lain.
Lubnan bakal terima 60 ke 80 tan bantuan dari Arab Saudi
Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghantar bantuan kemanusiaan buat Lubnan sebanyak 60 ke 80 tan sehari. Bantuan itu akan diselia Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Pemulihan Raja Salman yang bertujuan untuk menyelamatkan nyawa serta melindungi mereka yang berpindah untuk mendapatkan perlindungan selepas selatan Beirut diserang tentera Israel.
Sepanyol gesa negara Eropah perluas sekatan dagang Israel
Kerajaan Sepanyol menggesa negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan terhadap Israel khusus sekali berkaitan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA). Ketegasan dan pendirian lantang Sepanyol itu dinyatakan Perdana Menterinya, Pedro Sanchez pada Isnin.
Kekejaman Zionis: Serangan rejim Zionis terhadap UNIFIL tidak bertamadun - Khaled Nordin
Serangan rejim Zionis Israel ke atas anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) jelas merupakan satu serangan ke atas PBB dan masyarakat dunia, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pembanterasan ekstremisme perlu manfaat kecanggihan teknologi
Mohamad Alamin berkata, ini penting kerana aktiviti kumpulan pengganas semakin meningkat, malah mereka kini turut menggunakan kecanggihan teknologi.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Amal jariah: Infaq pembangunan Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum (MAHWU)
Marilah kita sama-sama melakukan amalan berinfaq atau bersedekah bagi pembangunan Madrasah Al-Huffaz Wal Ulum (MAHWU).