awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan kereta Eropah meningkat pada November

Bernama
Bernama
23/12/2025
20:00 MYT
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Pendaftaran kereta meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada November, berbanding kenaikan 5.8 peratus yang dicatatkan pada Oktober. - Gambar hiasan/AP
BRUSSELS: Pendaftaran kereta baharu di Eropah meningkat untuk bulan kelima berturut-turut pada November, didorong oleh pertumbuhan kukuh jualan kereta elektrik bateri, menurut data Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Pendaftaran kereta baharu di Eropah meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada November, dipacu oleh peningkatan jualan kereta elektrik bateri yang melonjak 44.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Jualan kereta petrol merosot 21.9 peratus dan kereta diesel menurun 23.2 peratus, sementara jualan kenderaan hibrid "plug-in" meningkat 38.4 peratus.
  • Bagi tempoh Januari hingga November, pendaftaran kereta baharu di Kesatuan Eropah (EU) naik 1.4 peratus, tetapi keseluruhan masih di bawah tahap sebelum pandemik, walaupun kereta elektrik bateri kini mencapai 16.9 peratus bahagian pasaran.

Pendaftaran kereta meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun pada November, berbanding kenaikan 5.8 peratus yang dicatatkan pada Oktober.
Pada November, jualan kereta elektrik bateri melonjak 44.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Jualan kenderaan hibrid "plug-in" meningkat 38.4 peratus, manakala jualan kenderaan elektrik hibrid hanya berkembang 4.2 peratus.
Sebaliknya, jualan kereta petrol merosot 21.9 peratus, manakala jualan kereta diesel menurun 23.2 peratus.
Bagi tempoh Januari hingga November, pendaftaran kereta baharu di Kesatuan Eropah (EU) meningkat 1.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Walaupun momentum positif baru-baru ini, jumlah keseluruhan masih jauh lebih rendah berbanding tahap sebelum pandemik, menurut ACEA.
Dalam tempoh setakat tahun ini, kereta elektrik bateri mencapai bahagian pasaran sebanyak 16.9 peratus. Walaupun angka ini sejajar dengan unjuran, masih terdapat ruang untuk pertumbuhan bagi memastikan peralihan kepada pengangkutan bebas pelepasan kekal di landasan yang betul, menurut ACEA.
Kumpulan pelobi itu turut menyatakan yang kenderaan elektrik hibrid merupakan pilihan jenis kuasa paling popular dalam kalangan pembeli, dengan hibrid "plug-in" terus menunjukkan momentum peningkatan.
Pendaftaran kereta elektrik hibrid merangkumi 34.6 peratus daripada pasaran dalam tempoh 11 bulan hingga November.
Sementara itu, gabungan bahagian pasaran kereta petrol dan diesel merosot kepada 36.1 peratus daripada 45.8 peratus dalam tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#kenderaan elektrik
#kereta petrol
#ACEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan