awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Amir Hamzah puji kemajuan program GEAR-uP

Bernama
Bernama
30/06/2025
14:23 MYT
Amir Hamzah puji kemajuan program GEAR-uP
Amir Hamzah berkata inisiatif itu mencatatkan permulaan yang memberangsangkan pada tahun pertamanya. - Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpuas hati dengan kemajuan Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui kementeriannya.
Beliau berkata inisiatif itu mencatatkan permulaan yang memberangsangkan pada tahun pertamanya, dengan RM11 bilion disalurkan ke sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.
"Saya cukup gembira... Kami bermula pada Ogos tahun lepas dan kami meletakkan (sasaran) RM120 bilion dalam tempoh lima tahun, dan kini ia dapat menterjemahkan komitmen RM11 bilion daripada penyaluran modal, (jadi) saya sangat gembira," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang pencapaian program tersebut semasa Taklimat Khas: Laporan Kemajuan GEAR-uP 2025, di sini, hari ini.
Amir Hamzah berkata inisiatif GEAR-uP telah berjaya menterjemahkan komitmen kepada tindakan, termasuk penubuhan 18 dana global dan serantau, dan pelaburan strategik dalam ekosistem usaha niaga tempatan dan pembangunan bakat.
"Dalam tempoh jangka panjang, inisiatif GEAR-uP akan menyediakan asas yang lebih kukuh untuk Malaysia," katanya.
Setakat ini, program itu telah melatih lebih 8,000 belia - lebih 70 peratus daripada mereka adalah daripada komuniti B40 - dengan kadar pekerjaan 80 peratus dicapai.
Selain itu, lebih 700,000 individu telah mendapat manfaat daripada sokongan menerusi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui usaha pembangunan komuniti.
Ini termasuk Rangkaian Tindak Balas Bencana (GDRN) GLC, Sekolah Angkat MADANI, Santuni MADANI dan Zakat Wakalah, katanya.
Amir Hamzah berkata inisiatif GEAR-uP diselaraskan dengan dua tema utama di bawah tonggak Menaikkan Siling dan Mengukuhkan Lantai rangka kerja Ekonomi MADANI.
Di bawah tonggak Menaikkan Silling, usaha ditumpukan untuk memajukan kekompleksan ekonomi; mengukuhkan syarikat dari semua saiz dan peringkat kematangan; meluaskan akses kepada penjagaan kesihatan mampu milik; menggalakkan peralihan tenaga; memodenkan industri pertanian; meningkatkan ketersambungan; dan menyokong Warisan KL.
"Sementara itu, di bawah tonggak Mengukuhkan Lantai, GLC dan GLIC akan menumpukan kepada usaha memperkasa komuniti dan perniagaan Bumiputera, meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula bakat, memastikan gaji yang adil, dan memperjuangkan keperluan golongan kurang bernasib baik," katanya.
Mengenai isu gaji yang adil, beliau berkata sembilan GLIC dan GLC -- termasuk Permodalan Nasional Bhd, Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), dan Lembaga Tabung Haji, menyatakan komitmen untuk melaksanakan gaji minimum RM3,100 sebulan.
"25 lagi GLIC dan GLC dijangka mengumumkannya pada akhir tahun ini," kata Amir Hamzah.
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mentransformasikan penjagaan kesihatan dan menyokong penuaan yang bermaruah, KWSP akan melancarkan fasa perintis inisiatif Rakan Kementerian Kesihatan Malaysia (Rakan KKM) dengan peruntukan RM25 juta pada Julai 2025.
Program ini akan dilancarkan di lima hospital awam di bawah tonggak Menaikkan Siling.
Kementerian Kesihatan akan mengumumkan hospital yang mengambil bahagian, dengan hospital pertama dijangka dilancarkan pada akhir suku ketiga tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengaktifan dan Reformasi
#syarikat berkaita kerajaan
#gear-up
#Amir Hamzah Azizan
#sektor pertumbuhan tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami