Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Julai 2026.

  1. PRN NS: Tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya - Polis

    Tiga kertas siasatan dibuka membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.

  2. PRN Negeri Sembilan: 'Sanusi boleh datang NS, ambil maklum kenyataan Zahid' - Ahmad Samsuri

    Tiada sebarang sekatan atau 'gag order' dikenakan terhadap mana-mana pempimpin Perikatan Nasional (PN) untuk turun berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

  3. Imigresen Sabah nafi dakwaan tular ramai tahanan Filipina maut di depot

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menafikan dakwaan tular kononnya ramai tahanan warga Filipina meninggal dunia akibat keadaan sesak di depot tahanan imigresen negeri ini.

  4. Pengiktirafan Mesra Muslim bukan ganti sijil halal - ITC

    Islamic Tourism Centre (ITC) menjelaskan bahawa Pengiktirafan dan Jaminan Pelancongan serta Hospitaliti Mesra Muslim (MFAR) bukan badan pensijilan halal dan tidak menggantikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sebaliknya melengkapkan ekosistem halal negara bagi memenuhi keperluan pelancong Muslim.

  5. Ayob Khan bersara wajib, Ibrahim Darus pangku jawatan Timbalan KPN

    Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyerahkan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Ibrahim Darus yang akan memangku jawatan itu pada Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, pada Ahad.

  6. 'Saya terkilan, kecewa pembubaran Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman' - Ayob Khan

    Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan pembubaran Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada Februari 2013 sebagai antara detik paling mengecewakannya sepanjang hampir 35 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  7. PRN Negeri Sembilan: Anwar rayu tentera, polis beri kesempatan kepada PH

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberi kesempatan kepada gabungan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

  8. Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang

    Malaysia akan menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi satu kerjasama khas melibatkan Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Kerajaan Bahrain dan Kerajaan Malaysia.

  9. Glasgow 2026: Aniq Kasdan pertahan emas, pecah rekod kejohanan

    JAGUH angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya mempertahankan pingat emas acara 60 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.

  10. Nicky Liow bukan ahli PKR - Fuziah

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee tiada dalam rekod keanggotaan parti berkenaan.

     

Must Watch Video

Advertisement