awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak syarikat Genting Malaysia, Resorts World Miami lupus tanah bernilai AS$1.225 bilion

Bernama
Bernama
27/04/2023
05:00 MYT
Anak syarikat Genting Malaysia, Resorts World Miami lupus tanah bernilai AS$1.225 bilion
Berdasarkan pertimbangan pelupusan, GenM dijangka memperoleh anggaran keuntungan daripada penjualan sebanyak US$967 juta (bersamaan RM4.29 bilion). -Gambar fail/Twitter Resorts World Genting
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Genting Malaysia Bhd (GenM) Resorts World Miami LLC telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Smart Miami City LLC untuk pelupusan empat bidang tanah di Miami dengan sejumlah tunai AS$1.225 bilion atau RM5.43 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, GenM berkata tanah itu yang secara kolektif dikenali sebagai Miami Herald Land berkeluasan kira-kira 673,691 kaki persegi atau 6.26 hektar, terletak berhampiran dengan kawasan komersial, kediaman dan membeli-belah di Miami, Florida.
Katanya, cadangan pelupusan itu memberi peluang kepada GenM untuk memanfaatkan pertumbuhan pasaran dan merealisasikan nilai penting dalam aset bukan teras pada harga yang menarik serta meningkatkan kedudukan tunai syarikat.
"Ini memberikan GenM fleksibiliti kewangan untuk operasi dan pelaburan masa depannya," kata GenM.
Berdasarkan pertimbangan pelupusan, GenM dijangka memperoleh anggaran keuntungan daripada penjualan sebanyak AS$967 juta (bersamaan RM4.29 bilion).
"Hasil tunai yang akan dijana daripada cadangan pelupusan itu bertujuan digunakan untuk tujuan korporat dan pelaburan am, termasuk pembiayaan pelaburan masa depan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Genting Malaysia
#Resorts World Miami LLC
#Smart Miami City LLC
#pelupusan empat bidang tanah di Miami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan