Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Disember 2025.
Kunjungan hormat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi, semalam memperkukuhkan hubungan dua hala serta mencerminkan semangat saling menghormati antara kedua-dua negara.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion sehingga 22 Disember 2025, melibatkan 3.54 juta kes, susulan pelaksanaan peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Pegawai dan anggota polis antara 77 orang penjawat awam yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan pengambilan dan penyalahgunaan dadah di negeri ini bagi sepanjang tempoh tahun ini.
Seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 kini berada dalam radar siasatan SPRM.
5. Kos sara hidup: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang tertinggi - DOSM
5. Kos sara hidup: Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang tertinggi - DOSM
Kos kehidupan wajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan antara yang paling tinggi di negara ini berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) oleh DOSM.
Tengku Razaleigh Hamzah menyoal sikap UMNO yang berdiam diri susulan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Titah Adendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bersempena sambutan Hari Krismas esok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati demi keharmonian bersama.
Kos kehidupan wajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya direkodkan antara yang paling tinggi di negara ini berdasarkan Indeks Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengajak rakyat Malaysia menjadikan sambutan perayaan sebagai wadah untuk terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian selain saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum serta agama.
Polis menahan seorang lelaki dan wanita tempatan bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial memaparkan individu bertudung minum minuman keras.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


