Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi

Abdul Hadi berkata, Pas akan segera memaklumkan ketetapan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Perlis terhenti keahlian parti berkuat kuasa serta-merta.
Ringkasan AI
- Tiga ADUN Pas di Perlis terhenti keahlian parti berkuasa serta-merta berdasarkan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada Rabu.
- Keputusan tersebut berlandaskan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025), melibatkan Saad Seman, Fakhrul Anwar Ismail, dan Mohd Ridzuan Hashim.
- Tindakan ini diambil untuk mematuhi keperluan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 selepas lapan ADUN Perlis dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Tiga wakil rakyat yang terlibat ialah Saad Seman (ADUN Chuping); Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji).
Abdul Hadi turut menambah bahawa Pas akan segera memaklumkan ketetapan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis.
Tindakan itu bagi memenuhi keperluan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.
Media tempatan sebelum ini melaporkan terdapat lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Tiga ahli Pas terbabit turut didakwa antara yang menandatangani akuan bersumpah (SD).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


