KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia pada 2024 dijangka mengalami pemulihan yang kukuh, didorong oleh unjuran peningkatan dalam perdagangan global dan prospek yang lebih baik bagi industri semikonduktor global, menurut penganalisis.
Public Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan semalam menjangkakan perdagangan Malaysia tahun ini akan disokong oleh unjuran pemulihan dalam perdagangan global dan prospek yang lebih cerah dalam eksport elektronik di tengah-tengah pemulihan kitaran teknologi.
"Oleh itu, kami meramalkan eksport barangan serta perkhidmatan Malaysia meningkat semula sebanyak 5.4 peratus pada 2024, dengan import naik pada 6.8 peratus, walaupun ini tertakluk kepada semakan jika keadaan global semakin merosot," katanya.
Tambahan pula, pergantungan negara terhadap kekayaan ekonomi pemain utama seperti Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah akan menimbulkan risiko kepada perdagangan Asean.
Pertumbuhan eksport akan bertambah baik secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang, dengan kemungkinan pengembangan dua angka menjelang akhir tahun, didorong oleh peningkatan dalam sektor teknologi dan ekonomi China yang stabil selain sokongan daripada rangsangan kerajaan yang berterusan.
"Bagaimanapun, kami mengekalkan pandangan berhati-hati berikutan potensi gangguan daripada ketegangan geopolitik yang boleh mengganggu rantaian bekalan dan aktiviti perdagangan global.
"Pemulihan yang lebih perlahan daripada jangkaan di China juga mungkin mengehadkan potensi pertumbuhan, terutamanya dalam sektor berorientasikan eksport," katanya dalam nota berasingan.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan pemulihan dalam sektor berorientasikan eksport pembuatan, di samping pertumbuhan permintaan dalam negeri yang dipacu oleh kadar pengangguran yang lebih rendah dan pendapatan isi rumah yang bertambah baik.
"Oleh itu, kami mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar bagi 2024 kekal pada 4.5-5.0 peratus (2023: 3.7 peratus)," katanya.
Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd berkata bagi tahun ini, ia menjangkakan eksport serta import melonjak semula, masing-masing sebanyak 4.7 peratus dan 5.6 peratus.
"Pemacu utama bagi unjuran kenaikan semula eksport tahun ini ialah prospek pemulihan dalam kitaran elektronik selepas Perangkaan Perdagangan Semikonduktor Dunia menjangkakan jualan semikonduktor global melantun kembali sebanyak 13.1 peratus pada 2024," katanya dalam nota berasingan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Maybank Investment Bank Bhd berkata bagi tahun ini, ia menjangkakan eksport serta import melonjak semula, masing-masing sebanyak 4.7 peratus dan 5.6 peratus. - Gambar hiasan/Unsplash
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.
Malaysia-EU halusi langkah mulakan rundingan rasmi FTA - Tengku Zafrul
Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.