Skip to main content

Dunia

Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup

Israeli police officers take positions on the roof of al-Aqsa mosque during clashes with Palestinians in Jerusalem's Old City September 28, 2015. REUTERS/Amir Cohen
Pihak berkuasa Israel menutup kedua-dua tapak sejak 28 Feb atas alasan langkah keselamatan semasa perang AS-Israel terhadap Iran. - Gambar Reuters

JERUSALEM: Ribuan jemaah Palestin berkumpul di Masjid Al-Aqsa untuk solat Jumaat selepas lebih lima minggu masjid itu ditutup, lapor Anadolu Ajansi.

Israel mengumumkan pada Rabu akan membuka semula Masjid Al-Aqsa dan Gereja Makam Suci di Baitulmaqdis Timur yang diduduki mulai pagi Khamis, membenarkan akses buat kali pertama dalam 40 hari berikutan sekatan yang dikenakan semasa perang Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran.

Advertisement

Orang ramai mula tiba pada awal pagi, memenuhi halaman masjid dengan lelaki, wanita, kanak-kanak dan jemaah warga emas sebagai cerminan keghairahan rakyat Palestin untuk memasuki Al-Aqsa setelah sekian lama.

Semasa penutupan itu, rakyat Palestin dilarang menunaikan solat harian termasuk solat Jumaat lima kali berturut-turut pada 6, 13, 20, dan 27 Mac serta 3 April. Ibadah dibenarkan semula pada Jumaat keenam, 10 April.

Pihak berkuasa Israel menutup kedua-dua tapak sejak 28 Feb atas alasan langkah keselamatan semasa perang AS-Israel terhadap Iran.

Mereka juga menghalang solat Aidilfitri diadakan di Al-Aqsa tahun ini buat kali pertama sejak Israel menduduki Baitulmaqdis Timur pada 1967.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video