Semalam saya membuat liputan sempena pengumuman prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2013 di Bank Negara Malaysia (BNM).
Seperti biasa, pengumuman dibuat oleh Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, wanita yang sentiasa berbaju kurung biru dengan dua utas rantai mutiara dan sentiasa mengukir senyuman tatkala melangkah masuk ke dewan mesyuarat utama BNM.
Buat wartawan yang biasa membuat liputan di BNM, perjalanan program pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) biasanya akan bermula sekitar jam 3.30 petang di mana ketika itu, wartawan akan tiba dan menjamu selera.
Lima belas minit selepas itu, kesemua wartawan akan masuk ke bilik mesyuarat yang serba indah dan diikuti oleh kakitangan BNM.
Apabila semua bersedia, Gabenor akan masuk dan duduk dikerusinya di tengah tengah meja panjang lantas memulakan pembentangan.
Namun pengumuman semalam agak berbeza dengan pengumuman KDNK lain.
Kesemua wartawan yang hadir terkejut saat Gabenor membuka bicara, bukan kerana prestasi KDNK, sebaliknya kerana Gabenor memulakan pengumuman dengan Bahasa Melaysia.
Wartawan yang biasa membuat laporan Gabenor pasti tahu cara Zeti bercakap, dengan nada serak basah dan perlahan dan terukir senyuman sedikit, dan juga wartawan pasti tahu Zeti sentiasa mencuba dengan sedaya upaya untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia.
Pada majlis itu juga wartawan sekali lagi tersenyum apabila Zeti berkata "okay, let me speak in English" selepas mengumumkan KDNK suku pertama.
Saya pasti akan ada pihak yang mengambil perkara ini secara negatif, tetapi bagi saya apabila mendengar Gabenor bercakap bahasa Malaysia, ia juga detik bermakna dan perlu saya kongsikan.
Saya keluar dewan mesyuarat dengan hati yang masih tersenyum walaupun keputusan KDNK suku pertama lebih rendah pada 4.1 peratus berbanding 5.1 peratus suku sama tahun sebelumnya.
Pengalaman kecil seperti ini kadang kala meninggalkan memori indah buat para wartawan.
Apa pun, saya tetap anggap Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai wanita besi, secara positif.
Najib Aroff
Thu May 16 2013
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
30 hari lagi, siapakah pengganti Zeti?
Tinggal 30 hari sebelum Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengakhiri tugas sebagai Gabenor Bank Negara, umum masih berteka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat beliau.
10 perkara perlu anda tahu tentang Laporan Bank Negara Malaysia 2015
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan laporan tahunannya serta laporan kestabilan kewangan bagi 2015. Berikut adalah 10 ringkasan mengenai laporan itu yang perlu anda ketahui.
Zeti: Calon Gabenor baru mesti mempunyai pengalaman luas
Zeti:Calon Gabenor Bank Negara harus mempunyai pengetahuan luas berkaitan persekitaran ekonomi dan kewangan bukan sahaja di peringkat tempatan malah dunia.
BNM akan teruskan usul tindakan pentadbiran terhadap 1MDB
Bank pusat akan mengenakan tindakan pentadbiran ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BNM sudah kemuka cadangan pengganti Zeti
Kerajaan akan membuat keputusan sebelum menyerahkan nama calon gabenor bank pusat yang dipilih kepada yang Dipertuan Agong dalam tempoh terdekat.
Mesyuarat Dasar Monetori: Bank Negara dijangka kekalkan OPR
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka tidak mengubah Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetori (MPC) hari ini.
Zeti: Bank Negara tidak akan dipengaruhi agenda politik
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Bank Negara tidak akan sekali-sekali dipengaruhi oleh sebarang tekanan atau agenda politik.
Zeti: Pengganti saya sedang dipilih
Proses pemilihan pengganti bagi Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedang dijalankan dengan lancar dan teliti.
Bank Negara mahu lebih banyak maklumat 1MDB berkaitan pelaburan luar negara
Bank Negara masih menanti maklumat tambahan dari 1MDB sebelum melakukan penilaian.
Ekonomi Malaysia tumbuh 4.7% suku ketiga
Kuala Lumpur : Ekonomi Malaysia tumbuh 4.7% pada suku ketiga 2015 berbanding 5.0% suku sama tahun lepas dipacu permintaan domestik kukuh.