awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

X letak tera air pada imej apabila tangkapan skrin dilakukan

Amanz
Amanz
23/08/2025
07:00 MYT
X letak tera air pada imej apabila tangkapan skrin dilakukan
Ciri ini dipercayai bertujuan mempromosikan X secara tidak langsung apabila tangkapan skrin dikongsi di platform pesaing seperti Reddit, Threads dan Bluesky. -Amanz
DI BAWAH era Elon Musk, X memperkenalkan inovasi seperti menjual calit biru kepada sesiapa sahaja, membenarkan akaun dihalang membaca susur masa insan yang menghalang dan membenarkan fasis berleluasa.

Ringkasan AI
  • X memperkenalkan ciri baharu tera air X.com yang muncul apabila pengguna mengambil tangkapan skrin, buat masa ini hanya pada peranti iOS.
  • Ciri ini dipercayai bertujuan mempromosikan X secara tidak langsung apabila tangkapan skrin dikongsi di platform pesaing seperti Reddit, Threads dan Bluesky.
  • Ramai pengguna mengkritik ciri ini sebagai tidak diperlukan, dan ia menambah kepada senarai perubahan kontroversi sejak Elon Musk mengambil alih X.

Minggu ini aplikasi X dikemas kini dengan ciri baharu tera air “X.com” akan dipaparkan apabila tangkapan skrin diambil.
Kami menyedari ia berlaku sejak semalam dengan pengguna merungut ia satu lagi ciri yang tidak diminta tetapi diberikan juga oleh Musk.
Tidak diketahui mengapa ciri baharu ini diperkenalkan secara tiba-tiba tetapi kami merasakan ialah kerana menjadi trend semasa untuk melakukan tangkapan skrin di X kemudian dikongsi ke Reddit, Threads dan Bluesky.
Dengan adanya tera air, X.com masih boleh diiklankan di platform media sosial pesaing secara tidak langsung.
Pada ketika ini tera air hanya dapat dilihat apabila tangkapan layar dilakukan pada peranti iOS. Di Android, ciri ini masih belum diberikan.
Diharapkan ia tidak akan diberikan sehingga ke tiupan sangkakala kerana sejak Musk mengambil alih ciri baharu jarang sekali ditawarkan ke Android. -Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#tera air X com
#X
#tangkapan skrin
#iOS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan