awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Kelantan kenal pasti 10 lokasi sering digunakan penyeludup

Bernama
Bernama
18/04/2025
02:35 MYT
APMM Kelantan kenal pasti 10 lokasi sering digunakan penyeludup
Erwan hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Maritim Kelantan, di Pasir Puteh, malam tadi. - Foto BERNAMA
PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengesan perubahan ketara dalam modus operandi penyeludupan rokok dan kemasukan pendatang tanpa izin, susulan penutupan banyak laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand sejak Dis lepas.
Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata sindiket kini lebih cenderung menggunakan laluan laut berbanding darat, dan pihaknya telah mengenal pasti lebih 10 lokasi sebagai 'hotspot' yang sering digunakan penyeludup untuk 'menurunkan' barangan yang diseludup.
Beliau berkata antara kawasan tumpuan yang sering dijadikan lokasi pendaratan termasuklah sepanjang tebing sungai dan pantai di Pengkalan Kubor, Tok Bali serta sekitar Kota Bharu.
"Sebelum ini penyeludup lebih gemar menggunakan kenderaan kecil di laluan darat untuk mengangkut rokok seludup, bagi mengurangkan kerugian jika ditahan pihak berkuasa. Namun kini mereka beralih kepada laluan laut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Maritim Kelantan, di sini, malam tadi.
Erwan berkata biasanya barang seludup itu akan diturunkan di lokasi tertentu sebelum dipunggah oleh pihak lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup
#Erwan Shah Soahdi
#maritim kelantan
#laluan haram
#sempadan Malaysia-Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan