Skip to main content

Bisnes

Arab Saudi dan China bincang guna Yuan untuk transaksi minyak mentah

41647403089_ChinesePresidentXi.jpg
KUALA LUMPUR: Arab Saudi dilapor sedang berbincang dengan China untuk melaksanakan transaksi jualan minyak menggunakan mata wang Yuan.

Jika ini berlaku, ia dijangka menjejaskan dominasi dolar AS dalam transaksi minyak dunia.

Menurut laporan Wall Street Journal yang memetik sumber, jika ia berlaku, sebahagian besar transaksi minyak dunia akan bertukar mata wang melibatkan negara pengeluar minyak terbesar dan negara pengimport minyak terbesar dunia.

Sekitar 80 peratus jualan minyak global menggunakan dolar AS dan Arab Saudi sudah menggunakan mata wang itu sejak 1974.

Justeru jika persetujuan dicapai, ia bakal meningkatkan pengaruh Yuan di peringkat antarabangsa sekaligus membawa Beijing ke hadapan dalam mencabar Amerika Syarikat melibatkan pasaran kewangan.

Hubungan Arab Saudi dan Amerika Syarikat mula renggang selepas ia menyifatkan AS di bawah kepimpinan Joe Biden enggan melakukan lebih banyak usaha berkaitan perang saudara di yaman.

Pada 2020, Biden pernah menyifatkan Arab Saudi sebagai bukan negara sekutu sebaliknya hanya negara rakan kongsi.

Hubungan dingin itu lebih terserlah apabila Putera Mahkota Putra Mohammed bin Salman enggan menerima panggilan telefon Biden yang mahu berbincang soal meningkatkan bekalan minyak.




Advertisement

Must Watch Video