KEDUDUKAN lokasi yang strategik memainkan peranan penting kepada sesebuah perniagaan.

Selain memberikan kesan jangka masa panjang operasi, ia juga dilihat mampu memaksimumkan pendapatan dan memperkukuh pelaburan.

Atas dasar itu, pemaju hab teknologi, Cyberview Sdn Bhd (Cyberview) membentuk Cyberjaya dengan menawarkan ekosistem teknologi holistik mencakupi aktiviti komersial dan digital.

Dengan kira-kira lebih 140,000 populasi, Cyberjaya kini menjadi tumpuan pencipta baru, pakar inovasi dan pengguna teknologi terawal apabila dibina berlandaskan ekosistem kolaboratif yang erat antara komuniti dan usahawan.

Insentif menarik

Pelbagai inisiatif menarik ditawarkan di Cyberview, antaranya melibatkan insentif percukaian serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada penghujung 2020 antara Cyberview dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyediakan 11 insentif fiskal kepada pelabur berkelayakan melalui secara kerjasama ini.

Syarikat penerima insentif ini berpotensi memacu pertumbuhan, dengan diterjemahkan kepada penciptaan lebih banyak pekerjaan dan peluang apabila ekonomi digerakkan semula pada skala penuh.

Bekalan bakat

Cyberjaya menjadi hab pembangunan bakat negara dan mengembangkannya ke persada dunia. - Gambar Cyberview

Selain itu, kerjasama rapat dengan dunia akademia turut dibina sebagai jambatan menghubungkan bakat dan syarikat.

Ia dibuktikan menerusi Program Latihan Industri Berstruktur (SIP) yang direalisasikan hasil kerjasama Cyberview dengan TalentCorp kepada syarikat yang berada di Cyberjaya.

Melalui SIP, ia membolehkan syarikat memperoleh data bakat termasuk mendapatkan calon latihan industri secara langsung melalui proses yang lebih pantas dan cekap.

Dalam pada itu, Cyberjaya juga mempunyai tujuh institusi pendidikan ternama di sekitarnya termasuk Universiti Multimedia (MMU), Universiti Limkokwing dan Universiti Cyberjaya.

Mesra syarikat pemula

Syarikat pemula antara aset penting yang terus diperkasakan di Cyberjaya. - Gambar Cyberview

Sejak bertahun-tahun, Cyberjaya telah berjaya membina lebih daripada 400 syarikat pemula.

Program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang ditubuhkan pada 2013 telah menyaksikan penglibatan 85 syarikat pemula setakat ini.

Antara alumni CLLA meliputi syarikat yang telah menceburkan perniagaan sama ada dalam negara mahupun luar negara seperti TheLorry, Moovby dan Govicle Sdn Bhd dan sehingga hari ini, sebanyak RM158 juta pelaburan telah terkumpul dan menjana lebih RM241 juta pendapatan selain mewujudkan 550 peluang pekerjaan.

5G Open Lab dan Living Lab, pusat penjanaan idea

Antara bandar yang terpilih dalam projek pembangunan teknologi 5G. - Gambar Cyberview

Terletak di RekaScape, Cyberjaya, ia merupakan inisiatif Cyberview dan syarikat telekomunikasi Digi yang dilancarkan pada 2019.

Setakat ini, 5G Open Lab telah digunakan sepenuhnya untuk 25 ujian melibatkan kawasan bandar, mobiliti pintar, penjagaan kesihatan pintar dan kreatif digital.

Living Lab pula bertindak sebagai pusat pengujian dan hasilan produk yang diberikan kepada syarikat dalam komuniti di Cyberjaya.

Kejayaannya dilihat melalui anak syarikat Cyberview, Futurise yang menguruskan National Regulatory Sandbox (NRS), iaitu sebuah platform lengkap dalam ekosistem inovasi negara yang boleh dimanfaatkan syarikat pemula niaga serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Peralihan digital dan teknologi dapat dilakukan dengan lancar serta berkesan, manakala pengujian keberkesanannya dapat dilakukan dalam persekitaran yang terkawal.

Ia juga boleh membantu pihak yang terbabit memahami dengan lebih baik teknologi baharu dan pada masa sama, ujian dapat dilakukan secara berkesan.

Antara kejayaan lain Futurise, termasuk mengendalikan projek Zon Pengujian Dron di Cyberjaya dan Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi (MyAV) yang pertama di Malaysia.

Insfrastuktur canggih

Insfrastruktur yang kondusif dan menjamin produktiviti perniagaan. - Gambar Cyberview

Pelbagai ruangan pejabat dilengkapi dengan kemudahan canggih, 90 peratus pusat data lokasi bersama negara berada di Cyberjaya dengan keluasan tanah, teknologi fiber dan kelebihan bekalan jana kuasa.

Lokasinya juga strategik berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta 30 minit daripada pusat bandar Kuala Lumpur.

Ketika ini, Cyberjaya mempunyai kepadatan tinggi syarikat berasaskan teknologi terdiri daripada syarikat pemula niaga hinggalah kepada perbadanan multinasional.

Dari segi geografinya Cyberjaya dibahagikan kepada empat zon dan setiap satunya memilliki ciri-ciri tersendiri. West Cyberjaya adalah pusat melahirkan tenaga kerja mahir dan pembangunan komuniti, manakala North Cyberjaya dengan penyelesaian bandar pintar menumpukan kepada perniagaan global.

South Cyberjaya pula adalah pusat bagi inovasi untuk kesemua tiga kluster itu, manakala pusat bandar Cyberjaya menumpukan kepada penggunaan teknologi bagi aktiviti komersial dan penyepaduan ke dalam gaya hidup masyarakat.

Ini antara perkara diteliti oleh Cyberview dalam usaha menjadikan Cyberjaya sebagai hab teknologi yang dinamik dan membantu perniagaan berdaya saing.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://www.cyberview.com.my/contact-us/.


*Artikel ini adalah kandungan berbayar.