awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Aset Malaysia seluruh dunia terancam - Peguam Waris Kesultanan Sulu

Agensi
Agensi
18/07/2022
05:53 MYT
Aset Malaysia seluruh dunia terancam - Peguam Waris Kesultanan Sulu
Pasukan peguam pewaris kesultanan itu berusaha memastikan keputusan timbang tara yang diputuskan sebelum ini direalisasikan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Aset Malaysia di seluruh dunia kini diancam bahaya susulan tuntutan yang dibuat waris kesultanan Sulu bernilai AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).
Memetik laporan Reuters pada Isnin, pasukan peguam pewaris kesultanan itu berusaha memastikan keputusan timbang tara yang diputuskan sebelum ini direalisasikan.
"Arah 'penangguhan' yang dilihat melegakan kerajaan Malaysia buat sementara waktu itu hanya penanggughan sementara di sebuah negara sahaja, Perancis.
"Bagaimanapun, ia tidak melibatkan 169 negara yang lain," kata Paul Cohen, yang merupakan ketua pasukan peguam pewaris keturunan itu.
Selain aset yang dikecualikan seperti bangunan diplomatik, mana-mana aset kerajaan Malaysia di dalam negara yang disenarai dalam kovensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah layak untuk dituntut, kata salah seorang peguam, Elisabeth Mason.
Waris kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.
Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.
Topic Berkaitan
#pewaris Kesultanan Sulu
#tuntutan Sulu
#aset Malaysia luar negara
#Aset Malaysia terancam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.