Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Jun 2026.

  1. Tunku Zain Al-’Abidin dimasyhur Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

    Putera kedua Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Tunku Zain Al-’Abidin dimasyhurkan sebagai penyandang Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta.

  2. Agong perkenan gelaran Tan Sri kepada Mohd Isa Samad ditarik balik

    Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Datuk Mohd Isa Abdul Samad berkuat kuasa 8 Jun lalu.

  3. Azizulhasni terharu titah doa Sultan Pahang, belum mahu janji ke LA28

    Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terharu dengan titah doa Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu melihat beliau beraksi pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

  4. Isu Rohingya perlu pendekatan menyeluruh pelbagai agensi - Ayob Khan

    Isu pelarian Rohingya di negara ini memerlukan pendekatan yang menyeluruh membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan negara berkaitan.

  5. Kibaran bendera lambang patriotisme dan perpaduan, bukan sekadar mercu tanda - Sultan Selangor

    Kibaran Jalur Gemilang dan bendera negeri Selangor pada tiang-tiang bendera yang berdiri megah bukan sekadar elemen fizikal atau mercu tanda, sebaliknya lambang kecintaan kepada tanah air, kesetiaan kepada negeri serta simbol perpaduan yang perlu dipelihara dan dihargai oleh setiap rakyat.

  6. SPRM bongkar sindiket pemalsuan tuntutan Daya Kerjaya 2.0 libat nilai RM9 juta

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sindiket pemalsuan tuntutan insentif Daya Kerjaya 2.0 membabitkan nilai kira-kira RM9 juta, susulan penahanan 73 individu di seluruh negara kecuali Perlis, Selasa lepas.

  7. Krisis tenaga global: Kerajaan fokus lindungi pekerjaan, bekalan rakyat - Akmal Nasir

    Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan asas negara kekal stabil meskipun krisis bekalan global berterusan, dengan fokus utama memastikan pekerjaan, tenaga dan makanan rakyat terus terjamin.

  8. Kemunculan dadah 'Piu Piu', bukti vape wajar diharamkan segera - Ayob Khan

    Kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai "Piu Piu” di pasaran yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.

  9. Ahmad Samsuri ingatkan Bersatu, PN bukan milik mutlak mana-mana parti

    Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menolak gesaan agar Pas keluar daripada gabungan itu susulan keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

  10. Krisis tenaga global buka peluang RM7 bilion kepada syarikat Malaysia - Akmal Nasir

    Krisis di Asia Barat membuka peluang ekonomi baharu kepada Malaysia, khususnya dalam sektor minyak dan gas, dengan potensi perolehan mencecah sekitar AS$1.5 bilion (RM7 bilion).

Must Watch Video

Advertisement