Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan 6.10 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015
Ia menurun berbanding 6.45 sen seunit pada 2014.
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sejumlah RM106.72 juta kepada 1.25 juta pemegang unit yang memiliki sejumlah 1.75 bilion unit ASN.
"ASN telah memperolehi pendapatan kasar sebanyak 126.27 juta ringgit. Pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak 79.91 juta ringgit atau bersamaan 63.3 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.
Sementara itu Ahmad Sarji memberitahu pengagihan dividen yang lebih rendah itu berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar serta pasaran saham yang kurang memberangsangkan.
"Dari tempoh diantara 31 Disember 2014 sehingga 23 Disember 2015 Indeks FTSE Bursa Malaysia telah catat penurunan sebanyak 5.5 peratus dariapda 1,761.25 kepada 1,663.51 mata.
Tambahnya ketika ini kebanyakan harga komoditi mengalami penurunan yang berpanjangan.
Selain itu prestasi ekonomi China yang lemah turut melahirkan rasa bimbang berterusan kepada pelabur.
Bagaimanapun, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata agihan dividen ASN pada tahun hadapan diunjur lebih baik .
"Kita mengharapkan tahun depan menjadi lebih baik. Dari segi anggaran yang dibuat pihak broker menggambarkan prestasi pada tahun depan sedikit sebanyak menjadi lebih baik."
Katanya kapasiti pembayaran bagi 2015 adalah lebih 10.5 sen seunit namun disebabkan refleksi keadaan pasaran semasa ASNB memutuskan bayaran pada 6.10 en seunit.
Beliau berkata demikian pada pengumuman agihan pendapatan ASN di ibu negara pada Isnin.
Agihan pendapatan akan dilaburkan semula ke dalam unit tambahan ASN dan secara automatik dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai bersih setakat 31 Disember 2015.
Pemegang unit boleh mengemas kini akaun ASN mereka bermula 4 Januari 2016 di mana-mana pejabat ASNB atau ejennya di seluruh negara.
Nurulhana Ismail
Mon Dec 28 2015
Dividen ASN 6.10 sen
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Peranan amanah sebagai persediaan, kebajikan ibu bapa
Amanah berkuat kuasa setelah ditubuhkan dan faedahnya dapat dibahagikan dengan segera mengikut arahan seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah.
Pulangan ASB 2, ASM, sejajar dengan prestasi pasaran
ASB 2 mencatatkan jumlah pulangan tahunan sebanyak 4.75%, dengan pengagihan pendapatan sebanyak 4.75 sen seunit, sementara jumlah pulangan tahunan sebanyak 4.25% dicatatkan bagi ASM.
Bajet 2018: RM200 kepada anak Malaysia lahir mulai 1 Januari 2018
Kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta bagi pendidikan generasi TN50 yang antara lain digunakan untuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).