Satu fokus khusus perlu diberi bagi mewujudkan langkah baru supaya dapat mengangkat kedudukan usahawan Bumiputera ke peringkat lebih tinggi.
Antaranya, usaha mendapatkan akses termasuk teknologi supaya mereka mampu bersaing di pasaran terbuka.
Menurut Pengasas Syarikat Teknologi Zypher Sdn Bhd, Mohd Dhiauddin Saman, keupayaan dan akses berkenaan membantu syarikat menghasilkan jenama sendiri sebelum melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa.
Beliau memberi contoh seperti Taiwan yang membawa masuk teknologi sehingga mampu diaplikasikan usahawan tempatan sekaligus hadir dengan produk teknologi sendiri.
Tambahnya akibat kurang pendedahan teknologi banyak syarikat Bumiputera hanya terlibat di bahagian perkhidmatan sokongan bukan menghasilkan produk sendiri.
Dhiaudin mengakui dasar sebelum ini banyak membantu membangunkan perniagaan Bumiputera.
Namun berliau berpendapat pelaksanaan lebih efisyen dalam proses penyampaian kepada usahawan perlu diperbaiki.