PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menjamin pelajar yang mendapat 10A ke atas tanpa mengira kaum mendapat tempat di matrikulasi, bukanlah tindakan 'menjual maruah Melayu' sebaliknya ia adalah satu pendekatan adil yang sedang dilakukan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
“Dua hari sudah saya umumkan berkenaan matrikulasi, dia kata kita jual maruah Melayu, apa yang saya umumkan, anak-anak kita Melayu, Cina, India, Dayak, Dusun, Murut, Bajau – ini semua anak-anak kita.
“Saya kalau jadi ketua ini semua anak-anak kita, kalau anak-anak kita yang catat keputusan cemerlang, ada di Bangsar, anak-anak India di estet - maka saya tanya Kementerian Pendidikan dan kementerian kata boleh,” jelas Anwar pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Selasa.
Menurut Perdana Menteri, peluang berkenaan perlu diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bukan bumiputera yang miskin dan terpinggir, supaya mobiliti sosial pelajar berkenaan dapat diangkat.
“Jadi kita kena beri ruang, supaya dia boleh terangkat, dan membolehkan mobiliti sosial dalam hidup dia diangkat, jadi kita ada kedua-duanya -- sementara kita bagi jaminan kepada yang cemerlang 10A, kita kena prihatin mereka yang paling miskin dan terpinggir termasuk kuota Bumiputera.
“Pertimbangan itu adil, kalau kita fikirkan hanya Bumiputera saja, tapi anak india yang miskin di estet dapat 10A diketepikan itu tak jadi, kalau kita hanya fikirkan meritokrasi bukan fairness itu pun tak jadi,” kata Anwar lagi.
Pada Ahad, Anwar mengumumkan semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 10A ke atas akan ditawarkan peluang ke matrikulasi.
Dalam masa yang sama, beliau memberi jaminan kuota pelajar Bumiputera sedia ada untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi, kekal kerana ia termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Azyyati Ahmad
Tue Jul 02 2024

Keputusan kerajaan untuk menjamin pelajar yang mendapat 10A ke atas tanpa mengira kaum mendapat tempat di matrikulasi, bukanlah tindakan 'menjual maruah Melayu', kata Perdana Menteri Anwar. - Gambar Bernama

Android 16 akan dilancarkan pada bulan Jun
Versi akhir Android 16 sudah lama dinantikan sejak program Android 16 Beta dimulakan pada Januari yang lalu.
Cabaran etika semakin kabur, tapi masa makin suntuk - Penyelidik
Dr Wan Nor Fitri dari UPM tegaskan cabaran etika dalam pengklonan Harimau Malaya semakin kabur apabila spesies itu berdepan kepupusan. Beliau gesa pendekatan saintifik dimulakan segera, termasuk simpanan sel stem, sebelum terlambat

Polis tahan 3 lelaki naik motosikal ceroboh Hutan Simpan Rotan Tunggal di Raub
Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana menceroboh kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal di Kampung Sang Lee, Raub semalam.

Nahas trak FRU: Lebih 60 individu akan dipanggil bantu siasatan - Polis
Bakri berkata ia termasuk anggota FRU yang berada di lokasi kemalangan serta pemilik syarikat lori membawa muatan batu yang terlibat.
[TERKINI] Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan, dengan nisbah jantina bagi kelahiran hidup ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

19 muzium dibuka secara percuma 18 Mei ini - Aaron
Tawaran ini termasuk muzium utama seperti Muzium Negara, Muzium Automobil Nasional, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, dan Muzium Seni Bina Malaysia.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.

Pemilihan PKR kali ini 1,000 kali lebih baik - Fahmi
Pemilihan Cabang PKR yang berlangsung April lepas disifatkan jauh lebih tertib dan teratur jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu, kata Ketua Penerangan parti Datuk Fahmi Fadzil.
AWANI Ringkas: Konstabel Akmal Wafi selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu terima jet mewah dari Qatar
Donald Trump mahu terima pesawat Boeing 747-8 bernilai RM1.88 bilion daripada keluarga diraja Qatar sebagai hadiah untuk dijadikan Air Force One sementara. Beberapa anggota Kongres Republikan bimbang potensi risiko keselamatan.

Proses pengundian diaspora Malaysia akan dipermudah - PM
Beliau berkata terdapat pengundi di luar negara yang tidak dapat menunaikan tanggungjawab disebabkan proses pengundian yang sukar.

Perdana Menteri tiba di Moscow untuk lawatan empat hari
Anwar dijangka mengadakan pertemuan bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin.

Anggota FRU maut kemalangan: PM Anwar mahu siasatan menyeluruh, bantu mangsa dan keluarga
Beliau juga menyeru supaya bantuan sewajarnya disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga yang terlibat.

Pemilihan PKR: Kekalahan bukan kerana pilih 'geng' - Nik Nazmi
Nik Nazmi tidak bersetuju dengan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kekalahan pada pemilihan cabang disebabkan oleh kesilapan memilih 'geng'.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.

Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, kerukunan dan kedamaian - PM Anwar
Anwar berkata, di Malaysia, sambutan itu menyentuh hati nurani masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan nilai karamah insaniah.

PMR bantu usahawan, rangsang pertumbuhan ekonomi domestik - Hajiji
Hajiji berharap KUSKOP terus membawa program keusahawanan ke Sabah untuk memperkasakan pembangunan usahawan.

Sabah mampu maju jika ada kerjasama erat Persekutuan, negeri bela nasib rakyat - PM Anwar
Sabah mampu menjadi sebuah negeri yang maju jika ada kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam membela nasib rakyat.

144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana Kerajaan Madani di Sabah setakat ini - PM Anwar
Kerajaan Madani telah melaksanakan sebanyak 144 projek pembangunan di Sabah setakat ini, dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM14 bilion.

Tiada perbincangan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri berkata soal pembubaran DUN Sabah tidak dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman hari ini.