Astro Biz: The PAP Bistro serlah pesona santai sambil menonton sukan

Suasana luar The PAP Bistro di Petaling Jaya yang menawarkan pengalaman santai sambil menikmati siaran sukan secara langsung melalui langganan Astro Biz.
PETALING JAYA: Gabungan suasana santai, hidangan enak dan paparan siaran sukan langsung menjadikan The PAP Bistro antara destinasi pilihan untuk bersantai bersama keluarga dan rakan.
Ringkasan AI
- The PAP Bistro jadi pilihan santai keluarga dan peminat sukan dengan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa serta paparan siaran langsung sukan melalui langganan Astro Biz.
- Menu popular termasuk pizza pepperoni, nasi goreng kampung, chicken chop dan kari ayam, yang menjadi tarikan pelanggan tetap termasuk legenda badminton negara, Datuk Foo Kok Keong.
- Astro Biz One Rewards bantu restoran tingkat promosi dan tarik pelanggan baharu, selain menjadikan bistro ini lokasi utama untuk menonton perlawanan bola sepak, badminton dan kejohanan sukan lain.
“Kami berdua dalam industri perakaunan dan memang minat makanan. Setiap minggu kami akan keluar makan tengah hari bersama dan berbincang tentang makanan, dan di situlah tercetusnya idea untuk buka restoran ini,” kata MJ, pemilik bersama The PAP Bistro.
Antara menu utama yang menjadi tarikan pelanggan ialah pizza pepperoni daging lembu, nasi goreng kampung, chicken chop, dan roti canai bersama kari ayam, selain pilihan sajian lain seperti burger dan sup cendawan.
“Hidangan utama yang sering buat pelanggan datang semula ialah pizza pepperoni dan mushroom kami, nasi goreng kampung, dan chicken chop. Tapi bagi kami sendiri, kari ayam tetap pilihan utama,” katanya.

Antara sajian popular di The PAP Bistro termasuk pizza pepperoni, burger daging, sup cendawan dan roti canai bersama kari ayam yang menjadi tarikan pelanggan tetap. - Foto Astro Biz
Menurut MJ, langganan Astro Biz banyak membantu meningkatkan daya tarikan restoran itu terutama dalam menarik pelanggan yang datang menonton sukan seperti bola sepak dan badminton.
“Saya rasa ia bermula daripada pelanggan kami. Dengan Astro, ramai datang menonton Euro dan juga kejohanan badminton. Kami memang ada ramai peminat badminton yang datang ke sini, sebab itu kami kekalkan langganan AstroBiz,” ujarnya.
Rakannya, Whye Shen, turut senada bahawa saluran sukan di Astro menjadi antara faktor utama pelanggan setia memilih The PAP Bistro sebagai lokasi tetap untuk menonton perlawanan.
“Saluran sukan memang banyak membantu. Ramai datang tengok badminton sebab ada banyak kejohanan sepanjang tahun, termasuk EPL. Mereka suka datang sini sebab suasananya tenang, ada skrin besar dan projektor di luar,” katanya.
Antara pelanggan tetap yang sering menjadikan The PAP Bistro sebagai lokasi pilihan ialah legenda badminton negara, Datuk Foo Kok Keong, yang menggemari suasana santai restoran itu.
“Tempatnya selesa dan tenang, sesuai untuk berbincang hal bisnes atau adakan majlis. Makanan paling sedap dekat sini saya rasa nasi goreng kampung dan chicken chop.
“Jadi saya harap peminat yang mengenali saya dan tinggal di sekitar Damansara Jaya boleh datang untuk makan dan nikmati suasana tenang di sini,” tambahnya.

Pelanggan menikmati hidangan sambil menonton siaran sukan di dalam restoran yang berkonsepkan santai moden. - Foto Astro Biz
Inisiatif Astro Biz One Rewards turut memberi nilai tambah kepada restoran ini dengan membantu pemilik menambah baik promosi dan menarik pelanggan baharu melalui capaian pelbagai platform Astro.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Biz One, layari biz.astro.com.my.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


