Skip to main content
Advertisement

Dunia

Belanda tarik diri daripada Eurovision 2027 susulan kontroversi penyertaan Israel

Eurovision 2027 dijadual berlangsung pada 15 Mei di Burgas, Bulgaria, selepas penyanyi Bulgaria, Darina Yotova atau Dara, menjuarai edisi 2026 di Vienna, Austria. -Foto Reuters
Eurovision 2027 dijadual berlangsung pada 15 Mei di Burgas, Bulgaria, selepas penyanyi Bulgaria, Darina Yotova atau Dara, menjuarai edisi 2026 di Vienna, Austria. -Foto Reuters

Advertisement

THE HAGUE: Penyiar awam Belanda, NPO, mengesahkan negara itu tidak akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2027 susulan perdebatan berterusan mengenai penyertaan Israel dalam acara berkenaan, lapor AFP.

Pengarah Medianya, Jurre Bosman, berkata penyertaan Israel telah mencetuskan pelbagai reaksi dan perbezaan pandangan dalam masyarakat serta dalam kalangan organisasi penyiaran di Belanda.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Lembaga Penyiar berhubung penyertaan Belanda dalam pertandingan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif NPO, Jet de Ranitz, mengakui keputusan berkenaan akan mengecewakan ramai peminat Eurovision di negara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan semasa menyebabkan NPO berpandangan bahawa masih terlalu awal untuk Belanda kembali menyertai pertandingan tersebut.

Walaupun menarik diri daripada pertandingan itu, siaran Eurovision 2027 akan terus disiarkan di Belanda menerusi saluran awam negara berkenaan.

Penarikan diri Belanda menambah senarai negara yang memutuskan untuk tidak menyertai edisi 2027.

Ireland sebelum ini turut mengumumkan tidak akan mengambil bahagian, manakala penyiar awam Republik Czech menarik diri atas faktor pengurangan perbelanjaan.

Eurovision 2027 dijadual berlangsung pada 15 Mei di Burgas, Bulgaria, selepas penyanyi Bulgaria, Darina Yotova atau Dara, menjuarai edisi 2026 di Vienna, Austria.

Must Watch Video

Advertisement