KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd, Axiata Group Bhd, CIMB Group Holdings Bhd, Inari Amertron Bhd, My EG Services Bhd (MYEG), Sunway Bhd, dan Yinson Holdings Bhd diiktiraf sebagai portfolio Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) terbaik dalam kategori pandemik COVID-19.
Menurut laporan The Edge yang memetik penganalisis UOB Kay Hian, selain melihat kepada portfolio ESG bagi setiap syarikat, pihak penyelidikan turut beri tumpuan terutamanya kepada pertumbuhan asas berdasarkan prospek pertumbuhan dan penilaian syarikat.
Jelas laporan itu, untuk penilaian dengan komponen ESG, pihaknya telah memilih pilihan utama dari konstituen FTSE4Good.
"COVID-19 telah meningkatkan aspek ESG menjadi lebih terkenal. Isu ESG telah mendapat banyak perhatian ketika pandemik COVID-19 yang mendorong kerajaan dan syarikat perniagaan untuk lebih fokus pada sektor seperti penjagaan kesihatan dan ruang hijau, hubungan melalui internet, serta pekerjaan dan peluang pendidikan.
"Walaupun pihak penyelidikan kami bersetuju dengan pandangan konsensus bahawa hanya mematuhi ESG tidak semestinya meningkatkan penilaian saham atau prestasi saham.
“Kami melihat bahawa beberapa syarikat dengan carta ESG yang tinggi dan pertumbuhan pendapatan yang membawa hasil prestasi saham yang lebih baik dan berdagang secara lebih eksklusif berbanding dengan syarikat lain," jelas mereka.
Laman web FTSE Russell menunjukkan bahawa FTSE4Good Index Series diwujudkan khas untuk menilai prestasi syarikat yang menunjukkan amalan portfolio ESG yang kuat.
Pengurusan yang telus dan kriteria ESG yang ditentukan dengan jelas menjadikan indeks FTSE4Good alat yang sesuai untuk digunakan oleh pelbagai pemain pasaran ketika membuat atau menilai produk pelaburan lestari, menurut FTSE Russell.
Penganalisis UOB Kay Hian pada masa sama memaklumkan bahawa dana lestari akan terus mendapat perhatian pengurus aset dan pelabur dengan penumpuan kesinambungan dan trend mega dalam pelaburan.
UOB Kay Hian turut akan memberikan komennya mengenai isu-isu berkaitan ESG dalam laporan masa depannya.
Faris Danial Razi
Tue Mar 30 2021
Menurut UOB Kay Hian, selain melihat kepada portfolio ESG bagi setiap syarikat, pihak penyelidikan turut beri tumpuan terutamanya kepada pertumbuhan asas berdasarkan prospek pertumbuhan dan penilaian syarikat. - Gambar fail
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
The Edge Malaysia ESG Awards 2023 jadi teraju masa depan
Fokus sekarang bukan lagi sama ada kerajaan dan perniagaan harus melaksanakan ESG, sebaliknya memfokuskan kepada kebolehpercayaan terhadap inisiatif ESG yang telah dilaksanakan.
Pemilik The Edge, Tong Kooi Ong kini pemegang saham besar Star Media Group
Menurut pemakluman syarikat media tersebut di Bursa Malaysia, Tong mempunyai kepentingan langsung sebanyak 0.254%, atau 1.84 juta saham.
Pemilik The Edge mengaku beri AS$2 juta kepada Justo sebagai 'hadiah'
"Saya rasa dia layak dibayar, dan saya rasa kerajaan Malaysia sepatutnya menganugerahkan sesuatu kepadanya."
Zeti Aziz letak jawatan Pengerusi Kumpulan PNB
Pelantikan Pengerusi Kumpulan PNB baharu akan diputuskan Yayasan Pelaburan Bumiputra yang dipengerusi Tan Sri Muhyiddin dalam masa terdekat.
Astro dan 6 lagi syarikat tersenarai dalam portfolio ESG terbaik UOB Kay Hian
Jelas laporan itu, untuk bermain dengan komponen ESG, pihaknya telah memilih pilihan utama dari konstituen FTSE4Good.
Isi rumah berpendapatan rendah terkesan sejak PKP 2.0 - Kajian UNICEF, UNFPA
Krisis akibat COVID-19 terus memberi kesan negatif kepada keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur walaupun kerajaan mengumumkan beberapa langkah mengurangkan tekanan akibat pandemik.
Rakyat perlu terus bersuara, tuntut kebebasan ekonomi negara dari ahli politik - Nazir Tun Razak
Kejatuhan Kerajaan PH hanya selepas 22 bulan memerintah, serta kelemahan ketara Kerajaan PN, bukanlah petanda awal yang bagus, kata Nazir.
Penglibatan berlebihan kerajaan dalam ekonomi perlu diubah - Nazir Razak
Nazir berkata, amalan politik wang sering mempengaruhi keputusan berkaitan peraturan, polisi, dan perolehan kerajaan, serta tindakan-tindakan GLC.
PNB terima peletakan jawatan Jalil Rasheed
Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada Isnin mengumumkan bahawa mereka telah menerima peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE), Jalil Rasheed.
Perbicaraan 1MDB: Shahrol Azral tukar fikiran, kini tidak pasti Ong Gim Huat tepati kriteria
Shahrol Azral akui tidak tahu Ong Gim Huat merupakan kenalan rapat kepada ayah Jho Low iaitu mendiang Larry Low Meng Tak.