Skip to main content

Malaysia

Lelaki dilapor hilang ditemukan maut, dipercayai dibunuh di Kuala Kangsar

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang oleh rakannya ditemukan maut dipercayai dibunuh di Kampung Teratai, Tanah Merah, Kuala Kangsar, semalam. - Foto hiasan
Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang oleh rakannya ditemukan maut dipercayai dibunuh di Kampung Teratai, Tanah Merah, Kuala Kangsar, semalam. - Foto hiasan
Advertisement

IPOH: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dilaporkan hilang oleh rakannya ditemukan maut dipercayai dibunuh di Kampung Teratai, Tanah Merah, Kuala Kangsar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima aduan mengenai kehilangan mangsa pada 26 Nov sebelum diklasifikasikan sebagai kes orang hilang dan usaha dilaksanakan bagi mengesan lelaki berkenaan.

“Pada 27 Nov, lebih kurang 4.30 petang, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Kangsar telah berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Beliau berkata soal siasat terhadap suspek telah membawa kepada penemuan mayat orang hilang tersebut di Kampung Teratai, Tanah Merah, Kuala Kangsar pada hari yang sama.

Heisham berkata polis turut menjumpai sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan suspek semasa kejadian dan hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

Advertisement

“Mayat si mati telah dihantar ke jabatan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi tujuan bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes ASP Mohamad Fadhil Ab Wahab, dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Kangsar di talian 019-7272033 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di talian 05-7762222.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video

Advertisement