awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Tindakan komprehensif perlu dilaksana tangani jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak
MALAYSIA
Polis Sibu buru tahanan warga asing lolos dari lokap
DUNIA
Majlis Kebangsaan Palestin gesa bantuan segera untuk Semenanjung Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Astro, RichWorks ganding bahu buka peluang untuk usahawan

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
22/06/2025
09:49 MYT
Astro, RichWorks ganding bahu buka peluang untuk usahawan
Seramai 300 usahawan yang hadir ke Astro Open Day bagi meneroka pengalaman ekosistem media selain sesi taklimat ringkas bersama Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Dr. Azizan Osman - Foto Astro
KUALA LUMPUR: Astro menganjurkan Astro Open Day dengan kerjasama RichWorks Academy Sdn Bhd bagi membantu para usahawan tempatan membina asas kukuh untuk pertumbuhan perniagaan.

Ringkasan AI
  • Astro menganjurkan Astro Open Day dengan kerjasama RichWorks Academy Sdn Bhd bagi membantu para usahawan tempatan membina asas kukuh untuk pertumbuhan perniagaan.
  • Sebagai peneraju kandungan dan hiburan, Astro membuka peluang kepada lebih 300 peserta program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai sendiri pengalaman ekosistem media merangkumi television, radio, digital dan pelbagai aktiviti lain.
  • Astro komited untuk memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan pendedahan sebenar tentang potensi penjenamaan melalui media, sekaligus membantu mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Menurut satu kenyataan media, sebagai peneraju kandungan dan hiburan, Astro membuka peluang kepada lebih 300 peserta program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai sendiri pengalaman ekosistem media merangkumi television, radio, digital dan pelbagai aktiviti lain.
"Melalui inisiatif ini, Astro komited untuk memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan memberikan pendedahan sebenar tentang potensi penjenamaan melalui media, sekali gus membantu mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi," jelas kenyataan itu.
Program sehari yang diadakan di Studio 1, Bukit Jalil pada Selasa lalu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Kewangan dan Operasi Kumpulan Astro, Dr Grace Lee diikuti sesi ramah mesra bersama penyampai radio Astro melibatkan personaliti seperti Nabil Ahmad, Rahim, Anas Tahir, Prem, Aishah Sinclair dan Terry.
Acara diteruskan dengan pembentangan mengenai strategi pengiklanan oleh Ketua Perkhidmatan Kreatif, Marlina Mansor bagi memberi pencerahan pemasaran melalui pengiklanan melalui platform Astro.
Kesemua peserta diberi peluang melawat beberapa kawasan sekitar Astro seperti studio Awani, studio 3 Borak SeeNi dan konti-konti radio di Astro. - Foto Astro
Kesemua peserta diberi peluang melawat beberapa kawasan sekitar Astro seperti studio Awani, studio 3 Borak SeeNi dan konti-konti radio di Astro. - Foto Astro
Menerusi acara sama, Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Dr. Azizan Osman, turut memberi taklimat ringkas selain berkongsi tentang program Transformasi360, anjuran RichWorks Academy, bakal kembali untuk kali kedua pada 5 hingga 7 September akan datang.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd, Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Dr. Azizan Osman, dan Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow. - Foto Richworks
(Dari kiri) Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd, Pengasas & Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Dr. Azizan Osman, dan Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow. - Foto Richworks
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini.
“Transformasi360 bukan sekadar program motivasi, tetapi sebuah pengalaman sebenar yang menyeluruh dan mendalam. Ia membantu peserta mengenal kekuatan dan kelemahan diri dengan lebih jujur, memahami serta membuang corak sabotaj diri yang sering menjadi penghalang kejayaan dan menstruktur semula kehidupan termasuk aspek hubungan dan kewangan.
“Menariknya, penganjuran kali ini turut dimantapkan dengan sokongan Astro sebagai rakan media strategik, yang akan membantu menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, agar manfaat Transformasi360 dapat dirasai lebih meluas," katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Orang ramai yang berminat boleh layari laman web www.transformasi360.com .
Topic Berkaitan
#Richworks Academy
#Astro Open Day
#perusahaan kecil dan sederhana
#usahawan
#Transformasi360
#program bina diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami