awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
Laluan mudah Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro umum pengembangan platform On Demand

Luqman Hariz
Luqman Hariz
13/04/2016
10:00 MYT
Astro umum pengembangan platform On Demand
AGNES: Kebanyakan rancangan ini juga boleh dinikmati bukan saja pada hari yang sama, malah pada masa yang sama ia disiarkan di negara asalnya seperti Amerika, UK dan Korea. - Foto Astro AWANI
Astro hari ini mengumumkan pengembangan platform kandungan dalam taliannya, Astro On Demand.
Melalui pengembangan ini, pelanggan Astro kini berupaya menikmati lebih banyak rancangan kegemaran mereka dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea, China, Taiwan dan Singapura.
Menurut Astro, sejak pelancaran Astro On Demand pada Oktober 2015, 350,000 pelanggannya telah melanggan kepada perkhidmatan ini.
"Penawaran On Demand kami menjadi medium yang semakin popular untuk pelanggan menonton apa yang mereka mahu, bila-bila dan di mana sahaja dengan kebolehan mengakses pelbagai filem dan rancangan televisyen," kata Agnes Rozario, Naib Presiden Bahagian Kandungan Televisyen Astro.
Tambah Agnes, kebanyakan rancangan ini juga boleh dinikmati bukan saja pada hari yang sama, malah pada masa yang sama ia disiarkan di negara asalnya seperti Amerika, UK dan Korea.
"Kini On Demand mempunyai lebih 11,000 jam jumlah masa tayangan.
"Kami merancang untuk menambah lebih banyak rancangan ke dalam platform ini untuk pelanggan kami, sebaik saja ia disediakan di Amerika atau Eropah," kata Agnes.
Topic Berkaitan
#Agnes Rozario
#Astro
#Naib Presiden Bahagian Kandungan Televisyen
#On Demand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan