Skip to main content

Hiburan

Pengarah filem Hollywood, Michael Mann cedera akibat tertembak diri sendiri di lapang sasar

Mann yang berusia 83 tahun mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti menembak sasaran dan terkenal dengan penggambaran adegan penggunaan senjata api yang realistik serta penuh intensiti dalam filem-filem arahannya. - Gambar fail/ AP
Mann yang berusia 83 tahun mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti menembak sasaran dan terkenal dengan penggambaran adegan penggunaan senjata api yang realistik serta penuh intensiti dalam filem-filem arahannya. - Gambar fail/ AP

Advertisement

Advertisement

LOS ANGELES: Pengarah filem terkenal Hollywood, Michael Mann mengalami kecederaan ringan selepas secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri ketika berada di sebuah lapang sasar di Los Angeles, menurut kenyataan wakilnya pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, insiden tersebut berlaku pada Sabtu apabila sebuah senjata yang disimpan dalam sarung terlepas tembakan secara tidak sengaja sehingga menyebabkan Mann mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan.

“Pada Sabtu, di sebuah lapang sasar, satu senjata terlepas tembakan secara tidak sengaja ketika berada di dalam sarung, menyebabkan kecederaan ringan kepada pengarah filem Michael Mann. 

Advertisement

"Beliau telah menerima rawatan dan dibenarkan pulang,” kata wakil pengarah berusia 83 tahun itu.

Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tembakan sekitar jam 4 petang waktu tempatan dan hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

Advertisement

Mann dilaporkan mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti menembak sasaran dan terkenal dengan penggambaran adegan penggunaan senjata api yang realistik serta penuh intensiti dalam filem-filem arahannya.

Sepanjang kerjayanya, beliau menghasilkan pelbagai filem terkenal termasuk Thief, Collateral, The Last of the Mohicans, Public Enemies, The Insider dan Ali.

Namun, Mann mungkin paling dikenali menerusi filem Heat, yang menemukan Robert De Niro sebagai penjenayah handalan berdepan watak pegawai polis lakonan Al Pacino dalam sebuah filem thriller jenayah yang mendapat pujian kritikus.

Salah satu babak paling ikonik filem itu menyaksikan watak Al Pacino memburu De Niro dalam suasana gelap di kawasan bersebelahan landasan lapangan terbang, ketika kedua-duanya bersedia dengan senjata masing-masing dalam adegan kemuncak yang mendebarkan. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement