awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gajah liar ragut 20 nyawa di Jharkhand, India lancar operasi besar-besaran
Reman bekas Panglima TDM tidak dilanjut, seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan - KP SPRM
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AstroBIZ: X Society manfaatkan Astro BizOne di tengah kesibukan kota

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
14/01/2026
05:07 MYT
AstroBIZ: X Society manfaatkan Astro BizOne di tengah kesibukan kota
Aiman (foto) berkata, insiatif AstroBIZ dalam mengadakan Kempen Astro BizOne Rewards harus diberi pujian kerana membantu bisnes makanan dan minuman untuk terus berkembang pesat. -Foto Astro
KUALA LUMPUR: Waktu makan tengah hari sering menjadi satu-satunya ruang untuk berhenti seketika daripada rutin kerja yang padat, khususnya bagi warga kota yang bekerja di tengah kesibukan Kuala Lumpur.

Ringkasan AI
  • Baru beroperasi selama tiga bulan, restoran yang terletak di tengah-tengah Bandar Tun Razak itu turut mencipta pencapaian tersendiri apabila muncul sebagai antara pemenang Kempen Astro BizOne Rewards. Melalui langganan pakej Astro BizOne, X Society menawarkan pengalaman makan tengah hari yang lebih lengkap, selesa dan menghiburkan di tengah hiruk-pikuk kota.
  • Pengurus X Society, Aiman Manjit Singh, berkata pengalaman selama 22 tahun dalam industri makanan dan minuman (F&B) mengajarnya bahawa sesebuah restoran memerlukan nilai tambah untuk kekal relevan dan terus mendapat sambutan pelanggan.
  • Selain meningkatkan pengalaman pelanggan, langganan Astro BizOne turut membantu memperluaskan penjenamaan restoran itu secara tidak langsung melalui liputan di Astro Awani serta pelbagai platform lain, selaras dengan pengiktirafan sebagai pemenang kempen berkenaan.

Bagi kelompok ini, restoran seperti X Society bukan sekadar tempat menjamu selera, sebaliknya menjadi destinasi untuk berehat, menikmati hiburan dan mengisi semula tenaga sebelum meneruskan tugasan harian.
Baru beroperasi selama tiga bulan, restoran yang terletak di tengah-tengah Bandar Tun Razak itu turut mencipta pencapaian tersendiri apabila muncul sebagai antara pemenang Kempen Astro BizOne Rewards.
Melalui langganan pakej Astro BizOne, X Society menawarkan pengalaman makan tengah hari yang lebih lengkap, selesa dan menghiburkan di tengah hiruk-pikuk kota.
Pengurus X Society, Aiman Manjit Singh, berkata pengalaman selama 22 tahun dalam industri makanan dan minuman (F&B) mengajarnya bahawa sesebuah restoran memerlukan nilai tambah untuk kekal relevan dan terus mendapat sambutan pelanggan.
Menurutnya, keputusan untuk melanggan pakej Astro BizOne dibuat secara sebulat suara bagi menawarkan hiburan berkualiti tinggi kepada pengunjung, sekali gus menarik lebih ramai pelanggan daripada pelbagai latar belakang.
“Selepas melanggan pakej Astro BizOne ini, saya mendapati banyak pelanggan yang datang ke kedai saya untuk menikmati makanan-makanan utama kami dan sambil menonton rancangan Astro.
“Rancangan seperti perlawanan bola dan badminton sering menjadi pilihan ramai.
“Kebanyakan pelanggan kami berbilang kaum datang ke sini,” katanya ketika di temu bual di X Society, TRX Exchange 106, di sini.
Selain meningkatkan pengalaman pelanggan, langganan Astro BizOne turut membantu memperluaskan penjenamaan restoran itu secara tidak langsung melalui liputan di Astro AWANI serta pelbagai platform lain, selaras dengan pengiktirafan sebagai pemenang kempen berkenaan.
Antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan di X Society termasuk Hawaiian Pizza, Spring Roll, Grilled Barramundi dan banyak lagi. - Foto Astro
Antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan di X Society termasuk Hawaiian Pizza, Spring Roll, Grilled Barramundi dan banyak lagi. - Foto Astro
Dari segi tawaran makanan, X Society menarik perhatian dengan menu makan tengah hari pada harga berpatutan, bermula serendah RM6, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan pekerja pejabat di kawasan sekitar.
Beberapa pelanggan yang ditemui menyifatkan restoran ini sebagai lokasi yang inklusif, mudah diakses dan sesuai untuk warga kota yang mencari ketenangan sambil menikmati suasana yang menenangkan.
Seorang pelanggan, Nicholas Tan, berkata restoran itu menjadi pilihannya setiap kali berlangsung perlawanan sukan.
“Selalunya kalau ada perlawanan badminton atau apa sahaja perlawanan sukan, kami mesti datang sini.
“Nak datang sini mudah sahaja. Set makanan tengah hari pun murah jadi saya memang selalu datang sini,” jelasnya.
Sementara itu, Sandy Yap yang meminati sukan bola sepak turut berkongsi pengalaman sama.
“Saya peminat bola sepak, jadi saya boleh menonton perlawanan bola di sini.
“Saya rasa ia sangat bagus dan kadang-kadang ada juga perlawanan badminton.
“Suasana menenangkan jadi saya boleh datang sini berbual dengan kawan-kawan juga,” ujarnya.
Melalui gabungan hidangan berpatutan, suasana selesa dan hiburan berkualiti tinggi, X Society membuktikan bagaimana pendekatan strategik bersama Astro BizOne mampu memperkasa pengalaman pelanggan dan menyokong pertumbuhan perniagaan di tengah landskap bandar yang mencabar.
X Society menjadi destinasi tepat untuk berhenti sekejap, makan, bersantai dan menonton rancangan hiburan di Astro BizOne. - Foto Astro
X Society menjadi destinasi tepat untuk berhenti sekejap, makan, bersantai dan menonton rancangan hiburan di Astro BizOne. - Foto Astro
Orang ramai juga berpeluang menikmati pelbagai kelebihan serta pendedahan perniagaan menerusi penyertaan Kempen Astro BizOne Rewards bagi siri yang akan datang.
Langgan Astro Bizone sekarang dan rebut peluang untuk mengembangkan perniagaan anda.
Untuk maklumat lanjut, layari biz.astro.com.my .
Topic Berkaitan
#AstroBIZ
#Astro BizOne
#X Society
#TRX Exchange 106
#makanan dan minuman
#rancangan hiburan
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan