awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin gesa syarikat Qatar bekerjasama dengan perniagaan Malaysia

Bernama
Bernama
27/03/2022
22:40 MYT
Azmin gesa syarikat Qatar bekerjasama dengan perniagaan Malaysia
Mohamed Azmin (kiri) mengunjungi Sheikh Mohammed (kanan) di Doha, Qatar, 27 Mac 2022. - Foto Twitter Mohamed Azmin Ali
KUALA LUMPUR: Syarikat Qatar digesa untuk mengambil peluang daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dengan bekerjasama dengan syarikat Malaysia dan seterusnya menjadi sebahagian daripada landskap ekonomi serantau baharu.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata RCEP memberi laluan kepada perniagaan di rantau ini untuk bersepadu dengan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia itu.
Menerusi catatan di akaun Twitternya, semasa pertemuannya dengan Menteri Perdagangan dan Industri Qatar Sheikh Mohammed Bin Hamad Bin Qassim Al-Thani, katanya beliau telah memaklumkan kepada rakan sejawatnya itu bahawa RCEP telah berkuat kuasa untuk Malaysia.
RCEP meliputi 15 negara dengan gabungan populasi 2.3 bilion orang atau 30 peratus daripada jumlah penduduk dunia, menyumbang kira-kira 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.
Selain daripada pengurangan tarif, RCEP turut menangani liberalisasi perdagangan, meningkatkan kemudahan perdagangan dan menambah baik persekitaran perniagaan.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak turut mengakui kepentingan Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) Malaysia-Qatar dalam mengenal pasti potensi bidang baharu untuk kerjasama dua hala.
"Bagi memberi rangsangan baharu kepada perdagangan dua hala kami, saya mencadangkan Malaysia dan Qatar menetapkan sasaran perdagangan sebanyak US$1 bilion (US$1 = RM4.21) menjelang 2025.
"Saya percaya sasaran ini boleh dicapai berikutan perdagangan dua hala kami meningkat sebanyak 24.4 peratus pada tahun lepas dan eksport Malaysia ke Qatar naik sebanyak 31.9 peratus pada 2021 berbanding 2020 walaupun menghadapi cabaran ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan pandemik COVID-19," kata Mohamed Azmin.
My bilateral meeting continues with Sheikh Mohammed Bin Hamad Bin Qassim Al-Abdullah Al-Thani, Minister of Commerce and Industry of Qatar. We discussed wide-ranging issues and opportunities towards strengthening bilateral trade relations between Malaysia and Qatar. pic.twitter.com/DT29wg6n4J
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) March 27, 2022
Beliau berkata kedua-dua kerajaan bersetuju untuk mengadakan mesyuarat JTC yang ketiga bagi merangka laluan masa depan untuk pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara, dengan memberi tumpuan kepada sektor strategik dan berimpak tinggi.
"Malaysia dan Qatar juga akan terus memberi tumpuan kepada Perjanjian Jaminan Pelaburan untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan rentas sempadan antara kedua-dua negara selain kami berusaha untuk pemulihan ekonomi yang kukuh dan mampan," katanya.
Menteri Kanan itu merupakan antara anggota delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Qatar.
Qatar merupakan rakan dagang penting Malaysia dengan jumlah dagangan hampir US$0.8 bilion pada 2019, walaupun ia merosot kepada US$0.5 bilion dan US$0.63 bilion pada 2020 dan 2021 berikutan pandemik COVID-19.
Agrico, Qatar melabur dalam industri pertanian dan pembuatan berasaskan sawit Malaysia
Dalam satu lagi catatan di Twitter, Mohamed Azmin berkata Agrico Agriculture Development W.L.L. (Agrico), Qatar berminat untuk memperluas projeknya kepada menghasilkan produk organik berkualiti tinggi di Malaysia dan dalam proses untuk membeli tanah seluas 40.5 hektar di Cameron Highlands.
Projek itu melibatkan pelaburan sebanyak US$200 juta di Malaysia dalam tempoh tiga tahun.
Agrico is interested in expanding its project to produce high-quality organic products in Malaysia, and is in the process of acquiring a 100-acre plot of land in Cameron Highlands. The project will involve a USD200 million investment in Malaysia over a three-year period. pic.twitter.com/v1eSzYXZ94
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) March 26, 2022
Agrico memiliki dan mengendalikan ladang organik hidroponik, yang terletak 58 kilometer dari Doha.
Purata pengeluaran tahunan ladang itu sebanyak 3,000 tan, dan lebih 90 peratus dibekalkan ke pasaran tempatan.
Syarikat itu turut merancang untuk melabur US$160 juta lagi untuk menceburi bidang pembuatan berasaskan sawit di Malaysia, termasuk pengeluaran minyak masak, selain pengkomposan sisa pokok sawit sebagai substrat yang berkualiti tinggi untuk sistem hidroponik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#RCEP
#perniagaan malaysia
#syarikat qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan