Kementerian Kewangan sedang memperhalusi Bajet 2015 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, terdapat beberapa aspek yang sedang dikaji sama ada ia perlu dimasukkan ke dalam Bajet itu atau sebaliknya.
Menurut beliau, Bajet 2015 akan memberi tumpuan kepada tiga aspek penting iaitu pertumbuhan ekonomi, kos sara hidup dan kedudukan fiskal negara.
Beliau berkata walaupun ekonomi dunia dalam keadaan tidak menentu, tetapi Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan pertumbuhan tahun depan dijangka lebih baik daripada tahun ini.
Bagaimanapun, kata Husni, beberapa rantau akan menghadapi masalah, antaranya eropah, kerana terdapat beberapa negara di rantau itu yang masih menghadapi krisis ekonomi.
“Dalam konteks negara kita, apa pun yang terjadi, kita perlu kukuhkan pertumbuhan ekonomi kita.
“Tahun ini untuk separuh masa pertama kita catatkan 6.3 peratus.
“Kalau kita lihat dari segi sejarah pertumbuhan ekonomi kita, yang separuh masa pertama yang kita capai adalah yang terbaik kerana biasanya separuh masa pertama ia rendah, baru ia naik.
“Kali ni, separuh masa pertama pun dah tinggi, bermakna transformasi, inisiatif transformasi yang dijalankan oleh kerajaan membuahkan hasil,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak di Kampung Gajah, Perak pada Ahad.
Husni berkata, walaupun pada asalnya unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini hanya sekitar lima dan lima perpuluhan lima peratus, tetapi ia dijangka mencapai angka lima perpuluhan lima dan enam peratus.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan berusaha untuk mempertahankan unjuran yang sama tahun depan dengan memastikan setiap sektor mencatatkan pertumbuhan positif, perbelanjaan kerajaan dilaksanakan dengan baik dan perbelanjaan rakyat dikekalkan.
Astro Awani
Sun Sep 21 2014
Kementerian Kewangan sedang memperhalusi Bajet 2015 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober depan.
Wan Junaidi Terima Kunjungan Hormat Duta Amerika Syarikat
Hubungan dua hala Amerika Syarikat dan Malaysia termasuk Sarawak jadi topik perbualan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia, Edgard D.Kagan semasa kunjungan hormat beliau di Astana Negeri Sarawak.
Tidur berbumbungkan langit, mengharap bantuan teruskan hidup
Penduduk Bajau Laut atau Pala'u yang hilang tempat tinggal selepas diroboh pihak berkuasa berharap diberi bantuan sewajatrnya selain peluang untuk membina kediaman di pulau-pulau sekitar Semporna kerana mereka kini terputuss bekalan makanan dan ubat-ubatan
Sarawak kehilangan tokoh politik, usahawan dayak yang disegani
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan mendiang sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya dan antara perintis kejayaan masyarakat Dayak Sarawak dalam sektor berkenaan.
Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang
Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.
PETRA pertingkat inovasi penyelidikan dan pembangunan teknologi hidrogen
Jelas Datuk Seri Fadillah Yusof, PETRA akan turut terlibat dalam pengeluaran hidrogen menerusi kaedah biojisim dan elektrolisis air dan seterusnya menjadi katalis untuk pengeluaran dan eksport hidrogen hijau.
Sarawak, Jepun kaji kurangkan kos penghasilan hidrogen
Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan Jepun bagi menjalankan kajian berkaitan teknologi plating untuk mengurangkan kos penghasilan hidrogen
Cashless Tuaran mampu tingkat pengurusan kewangan peniaga
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yakin program Cashless Tuaran mampu menyediakan peluang pembangunan perniagaan baharu dlama kalangan peniaga luar bandar.
300 lokasi di Sabah dilengkapi teknologi VSAT Starlink
Usaha memasang teknologi VSAT Starlink di seluruh Sabah bertujuan memperluas akses perkhidmatan kewangan di luar bandar wilayah itu dan digerakkan dengan kerjasama KSTI dan Sabah Net
Kerajaan fokus kepada penyasaran subsidi diesel - Amir Hamzah
Kerajaan mahu memberi fokus kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel terlebih dahulu sebelum merasionalisasikan subsidi melibatkan RON95.
Singapura sokong penuh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 di bawah PM Anwar
Wong menyatakan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Anwar dalam menerajui ASEAN.
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.
Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.
Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.
Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.
Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.
Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,
BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.