Tema Bajet 2016 'Mensejahterakan Hidup Rakyat' hanya kelihatan baik di atas kertas namun perkara sama akan berlaku seperti tahun lalu apabila ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan.
Perkara tersebut dinyatakan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebagai rumusan kepada pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat.
"Sebagai contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan pada tahun ini berbanding tahun lalu tetapi pada masa sama kadar bayaran tol dinaikkan.
"Bagaimana itu boleh dinamakan sebagai kesejahteraan?" katanya.
Azmin turut menyelar kenyataan yang dibuat Najib ketika pembentangan tersebut menyatakan bahawa pihak pembangkang telah menyelitkan perkara Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam dokumen bajet mereka.
Jelas Azmin, GST adalah bebanan yang besar kepada golongan miskin dan sederhana dan ia meperlihatkan bebanan cukai yang lebih kepada rakyat biasa dalam pengurusan kewangan berbanding golongan atasan.
"Tidak ada pencapaian yang hebat jika kita mahu memperkatakan tentang peningkatan hasil dari kutipan GST. Sudah pasti pendapatan negara akan meningkat namun ia meningkat dengan mengenakan cukai ke atas rakyat," kata Azmin.
"Tujuan sebenar GST adalah untuk memperluas dan mempelbagai pendapatan hasil dari cukai namun bukan dengan menaikkan cukai," tambahnya.
Menurut Azmin jika pengkayaan dari hasil cukai tidak dapat dilihat di Malaysia berbanding yang telah dilakukan negara luar dimana mereka berjaya melaksanakannya dengan berkesan setelah pelaksanaan cukai GST.
"Kerajaan yang dipimpin Najib telah gagal dalam isu GST ini apabila ia berkesudahan dengan rakyat dikenakan cukai yang lebih tinggi tanpa hasil yang memberangsangkan " katanya
Azmin turut menggariskan enam isu induk yang gagal ditangani kerajaan dalam soal mengurus kewangan negara termasuk isu yang tidak dinyatakan ketika pembentangan pada Jumaat itu.
Pertama berkait rapat dengan penyelesaian isu hutang isi rumah. Kedua, huraian terperinci dalam sektor perumahan mampu milik dan ketiga, isu alam sekitar yang hanya dibentangkan secara ringkas.
Menurut Azmin, kekeliruan ditambah dengan tiadanya penjelasan berhubung rancangan kerajaan dalam menangani isu jerebu.
Keempat , tiada penjelasan berhubung hartanah luar negara yang dilapor semakin berkurang ketika ini, kelima, tiada penjelasan lanjut berhubung kejatuhan nilai ringgit yang menyaksikan prestasi matawang terburuk di Asia dan keenam, pembentangan tahunan itu tidak langsung menyentuh langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak negara.
" Tiada berita gembira tentang ekonomi negara dalam bajet kali ini. Prestasi ekonomi negara adalah paling teruk berbanding negara asia timur yang lain dengan perkembangan yang perlahan" katanya.
Bajet 2016 kata Azmin adalah sangat mengecewakan dalam erti kata lain ia gagal menyediakan plan jangka pendek yang berkesan bagi menangani isu ekonomi negara.
"Dua sumber utama pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah perbelanjaan pelaburan dan pengguna namun tiada apa dalam bajet 2016 dilihat mampu untuk merangsang keyakinan pelabur atau menimbulkan sentimen pengguna" katanya.
Seterusnya Azmin berkata Bajet 2016 gagal menangani krisis keyakinan pelabur, skandal kewangan yang berterusan dan sentimen pengguna yang kecewa kerana GST.
Ekonomi negara tambahnya amat memerlukan rangsangan fiskal dalam bentuk perbelanjaan sektor swasta yang lebih besar melalui peningkatan perbelanjaan pelaburan dan perbelanjaan pengguna.
"Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.
Menurutnya lagi, pembentangan bajet bukanlah suatu persembahan semata-mata.
Tiga elemen penting dalam pengurusan kewangan awam perlu ditangani iaitu akauntabiliti, ketelusan dan tadbir urus namun bajet kali ini katanya telah gagal
untuk menunjukkan bahawa kerajaan serius tentang isu-isu tersebut.
"Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya" katanya.
Astro Awani
Sat Oct 24 2015
AZMIN: GST adalah bebanan yang besar kepada golongan miskin dan sederhana dan ia meperlihatkan bebanan cukai yang lebih kepada rakyat biasa dalam pengurusan kewangan berbanding golongan atasan. - Gambar Fail
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
'Langkah proaktif selamat negara dari krisis ekonomi dunia' - Najib
Langkah proaktif Kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dunia memberi kesan positif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
607,842 peminjam tidak pernah bayar PTPTN
Sejumlah 607,842 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didapati gagal membuat sebarang bayaran balik pinjaman tersebut.
Moody's: Malaysia kekalkan pengukuhan fiskal dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang dibentangkan Malaysia mengekalkan aliran pengukuhan fiskal kredit positif, menurut Moody's Investors Service.
Bajet 2016 tidak mampu pulihkan nilai ringgit - DAP
Lim Guan Eng berkata Bajet 2016 tidak menyenaraikan langkah-langkah terbaik untuk memulihkan kembali ringgit.
Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi
Tiada dalam Bajet 2016 tidak bermakna projek batal - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz berkata segala proses berkaitan KXP telah dibincangkan di peringkat EPU untuk langkah seterusnya.
IPTA Awam digesa cari dana sendiri - Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh berkata IPTA Malaysia terlalu bergantung kepada sumber dana kerajaan berbanding pusat pengajian di luar negara.
'Peruntukan kepada Sarawak perlu diurus tanpa halangan birokrasi kurang cekap'
Peruntukan sebanyak RM29.2 bilion kepada Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2016 perlu diurus dengan bijak dan efektif tanpa halangan birokrasi yang kurang cekap,kata Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak.
Kerajaan terus prihatin keperluan masyarakat India - Ahmad Zahid
Kerajaan akan terus prihatin terhadap keperluan masyarakat India khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Fokus Bajet 2016 untungkan rakyat Sabah dan Sarawak - Adenan Satem
Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.