awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tentera Kanada gugurkan 10 tan bantuan ke Gaza

Bernama
Bernama
05/08/2025
01:00 MYT
Tentera Kanada gugurkan 10 tan bantuan ke Gaza
Palet bantuan disediakan dalam pesawat pengangkut CC-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Kanada sebelum dijatuhkan dari udara sebagai sebahagian daripada kira-kira 10 tan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. - Foto REUTERS
TRENTON: Kanada menggugurkan 10 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengecam tindakan Israel menghalang penghantaran bantuan sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin.
"Kanada mengambil langkah luar biasa ini bersama rakan-rakan antarabangsa kerana akses kepada bantuan kemanusiaan di Gaza sangat terhad, manakala keperluan bantuan telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku," kata Menteri Luar Anita Anand dan Menteri Pertahanan David McGuinty dalam kenyataan itu.
Menurut mereka, meskipun keperluan sangat mendesak, rakan pelaksana menghadapi kesukaran untuk menyalurkan makanan dan ubat-ubatan menyelamatkan nyawa melalui jalan darat disebabkan sekatan berterusan oleh Israel.
"Tindakan menghalang penghantaran bantuan ini adalah satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mesti dihentikan serta-merta," menurut kenyataan itu.
Dalam misi yang sama, lima negara lain turut menghantar bantuan ke Gaza iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Mesir, Jerman dan Belgium, menurut tentera Israel dalam satu hantaran di platform X.
Kanada turut menggesa perubahan segera bagi memudahkan penyampaian bantuan ke Gaza, termasuk akses selamat dan tanpa halangan kepada kumpulan kemanusiaan, pembukaan semua pintu sempadan, kelulusan kastam yang pantas serta pemberian visa jangka panjang kepada petugas bantuan.
Para menteri menggambarkan keadaan di Gaza sebagai "amat menyedihkan" dan menegaskan bahawa peningkatan besar-besaran dalam penghantaran bantuan adalah sangat diperlukan.
Meskipun tekanan antarabangsa semakin memuncak supaya gencatan senjata dilaksanakan, tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023, yang meragut hampir 61,000 nyawa rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#Israel
#pelanggaran undang-undang antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan