KUALA LUMPUR: Bajet 2022 yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat bakal mengambil kira daripada semua pihak dan dijangka akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk peniaga.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan juga memperkenalkan portal Cadangan Bajet dan telah menerima lebih 50,000 ribu cadangan daripada orang ramai.
Malah, menurutnya bajet kali ini juga mengambil kira pandangan serta cadangan wakil rakyat daripada blok pembangkang.
“Semua cadangan atau pun pandangan cadangan tersebut digunakan sebagai asas untuk menggubal untuk merangka bajet tersebut. Jadi bajet ini dikira mengambil semua padangan daripada rakyatlah, semua sekali tak kira siapa," jelasnya pada sesi Wawancara Bajet 2022 Bersama Perdana Menteri dengan media tempatan di ibu negara, hari ini.
Bajet kali ini juga jelasnya berteraskan tiga prinsip Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Selain itu ia memberikan tumpuan kepada strategi 3M iaitu Memulih kehidupan, Membina semula daya tahan dan Memangkin pembaharuan.
Tambah Datuk Seri Ismail bantuan langsung secara tunai juga akan diteruskan seperti sebelumnya dalam Bajet 2022.
“Bajet yang lepas banyak insentif dan sumbangan diberikan langsung kepada rakyat secara tunai dan sebagainya, perkara yang sama kita akan teruskan. Seperti saya kata tadi, walaupun pandemik sedang berakhir, saya difahamkan banyak yang dalam tabung dalam bank dan sebagainya sudah tiada simpanan lagi.
Bajet 2022 ini turut memberi fokus terhadap masalah kadar pengangguran disebabkan pandemik COVID-19.
Jelasnya, walaupun statistik menunjukkan jumlah peratusan yang semakin menurun namun kerajaan akan tetap berusaha untuk memastikan mereka yang terjejas akan mendapat semula peluang untuk bekerja.
“Pengangguran sudah dapat diturunkan daripada 5.3 peratus pada Mei 2020 kepada 4.6 peratus pada Ogos 2021. Jadi, kalau kita boleh perancangan kita adalah menurunkan lagi kadar pengangguran, kalau (boleh) 4 peratus ke bawah dianggap tiada pengangguran," jelasnya.
Sektor pendidikan, kesihatan dan keselamatan adalah antara yang terbesar akan dibelanjakan dalam Bajet 2022.
Jelasnya, ia bagi memastikan suasana pembelajaran pelajar-pelajar di negara ini sentiasa kondusif selain memastikan usaha berterusan dalam memperkasakan sektor kesihatan awam negara.
Malah jelasnya sektor kesihatan akan diberi penekanan sehingga merangkumi aspek fizikal dan juga aspek pembangunan dan penyelidikan.
"R&D kesihatan ini mesti diperkasakan. Sebagai contoh kita mengharapkan vaksin daripada negara lain, pernah satu ketika tempahan kita untuk vaksin itu berlaku kelewatan yang memberi kesan kepada kita. Jadi kalau kita boleh mengeluarkan vaksin sendiri untuk COVID-19 kita bukan sahaja mampu digunakan untuk rakyat kita tetapi juga boleh kita eksport ke negara lain yang memerlukanya," katanya.
Turut diberi tumpuan katanya adalah membabitkan soal merancakan kembali sektor mikro di negara ini yang begitu teruk menerima kesan daripada pandemik COVID-19.
Katanya, Bajet 2022 akan menyediakan insentif besar untuk pemain industri dalam sektor tersebut bagi membolehkan mereka mampu kembali membawa produk mereka ke pasaran seperti sebelum ini.
“Mereka tidak mampu meneruskan perniagaan kerana tiada modal lagi, ketiadaan modal peniaga-peniaga mikro ini. Jadi memang kita telahpun bukan merancang (tetapi) telahpun bersedia untuk membantu mereka untuk memulakan semula perniagaan (untuk modal permulaan perniagaan).
“jadi kita ada, ada di dalam bajet ini cuma saya tidak boleh umumkan tetapi ada khusus untuk membantu perniagaan mikro, kecil dan sederhana," jelasnya.
BACA: Bajet 2022: Kerajaan sasar tingkatkan amalan digitalisasi dalam kalangan PKS - Tengku Zafrul
Bajet 2022 dijadualkan akan dibentangkan Jumaat (29 Oktober) ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Oct 27 2021
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemubual berkaitan Bajet 2022, hari ini. - fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.