KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak akan menerima peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM9.8 bilion, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata, keseimbangan pembangunan antara negeri dan wilayah penting bagi memastikan semua ahli keluarga Malaysia menikmati hasil pembangunan.
"Sabah akan menerima RM5.2 bilion dan Sarawak pula 4.6 bilion bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan.
"Peruntukan ini antaranya adalah untuk melaksanakan projek infrastuktur air, elektrik, jalan raya serta kemudahan pendidikan kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
BACA SEMUA LAPORAN MENGENAI BAJET 2022 DI SINI
Selain itu, Tengku Zafrul menambah, kerajaan akan memperhebat perkhidmatan bank bergerak di negara ini.
Katanya, sebanyak tambahan 20 bank bergerak dijangka mula beroperasi merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
Bajet 2022 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama bersifat komprehensif dan inklusif, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.
Tiga matlamat utama Bajet 2022 adalah melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan.
Astro Awani
Fri Oct 29 2021
Keseimbangan pembangunan antara negeri dan wilayah penting bagi memastikan semua ahli keluarga Malaysia menikmati hasil pembangunan. - Gambar/ Bernama
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Bajet 2022: Tambahan RM9.8 bilion perbelanjaan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak akan menerima peningkatan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM9.8 bilion.