KUALA LUMPUR: Menjelang pembentangan Bajet 2023, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany menaruh harapan tinggi terutama dalam aspek penambahbaikan Pasukan Khas Laut (PASKAL).
Menurut beliau, besar harapannya agar kerajaan turut mengambil kira senario keselamatan serantau dan global serta memberikan perhatian sewajarnya terhadap pembangunan aset Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Laut Darat Malaysia (TLDM) khususnya.
Menerusi sebuah kenyataan media, Tan Sri Mohd Reza berkongsi harapan, isu berbangkit, dorongan, senario keselamatan negara serta semangat juang PASKAL.
AWANI: Apakah harapan Tan Sri dari bajet 2023?
Tan Sri Mohd Reza: Selain aspek pembangunan aset, kerajaan juga perlu ambil kira kesiagaan aset sedia ada agar ia sentiasa bersedia untuk ditugaskan pada bila-bila masa. Aset yang sedia ada ini perlu diselenggara dan selenggaraan memerlukan peruntukan mencukupi.
Apa yang dimaksudkan adalah peningkatan bajet pertahanan dari 1% ke 1.5% GDP, seperti dihasratkan akan menjadi kenyataan bermula tahun hadapan. Jika tidak diatasi dengan segera, ATM amnya dan TLDM khasnya akan terus mundur ke tahap yang sukar untuk dibangunkan pada masa akan datang (tidak mampan).
Harus diingat bahawa pembangunan keupayaan ketenteraan tidak boleh diperolehi dalam masa yang singkat dan boleh dibeli di pasaran terbuka (commercial off-the-shelf). Untuk meningkatkan semula tahap kesiagaan ketenteraan ke tahap yang tinggi akan memakan masa yang lama kerana peralatan ketenteraan adalah unik dan mengambil masa yang lama untuk dibina dan dibangunkan.
Apakah isu yang sentiasa menjadi kerisauan Tan Sri sewaktu menerajui TLDM ini?
Ada banyak perkara yang merisaukan saya sebagai Panglima Tentera Laut tetapi yang paling utama adalah tahap kesediaan ATM amnya dan TLDM khasnya untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Secara umumnya, keusangan aset ATM sentiasa mendahului pembangunan/perolehan aset baharu. Di samping itu, bajet untuk selenggaraan aset sedia ada sentiasa terhad. Dengan keadaan sedemikian, amat sukar untuk ATM/TLDM mempertahankan kedaulatan negara.
Banyak yang kita boleh pelajari dari sejarah kejatuhan Melaka, era konfrontasi, era ancaman Parti Komunis Malaya dan insiden pencerobohan Lahad Datu. Juga peristiwa kejatuhan negara-negara di Timur Tengah (Asia Barat) dan terkini ialah operasi ketenteraan Russia di negara Ukraine turut merisaukan saya dari segi keupayaan ATM memelihara kedaulatan negara dan melindungi negara dari ancaman luar. Mungkin kerisauan saya ini tidak berasas, harap-harap begitulah.
Sebilangan besar masyarakat berpendapat Malaysia sebuah negara yang aman, tiada musuh yang mana kemungkinan untuk Malaysia berperang dengan mana-mana negara adalah mustahil. Apakah pendapat Tan Sri mengenai tanggapan ini?
Dunia kini berada dalam satu situasi yang dikenali sebagai VUCA, V bermaksud Volatility atau dalam bahasa Malaysia - Pergolakan, Uncertainty (Ketidakpastian), Complexity (Kompleks) dan Ambiguity (Kekaburan/Kesamaran).
Ia adalah satu situasi di mana senario keselamatan yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah dalam masa singkat serta sukar diramal. Seperti kita semua tahu, sempadan maritim negara berdepan dengan isu tuntutan bertindih, pencerobohan perairan oleh kapal atau bot asing serta kegiatan pelanunan dan rompakan di laut. Aktiviti-aktiviti ini boleh mengganggu gugat aktiviti ekonomi maritim sekali gus menjejaskan keamanan perairan maritim negara. Ia menuntut TLDM memberi tindak balas atau respons sewajarnya bagi mengatasi ancaman-ancaman yang disebutkan tadi.
Keterbatasan dan keusangan aset agak menggusarkan saya kerana ia menjejas kredibiliti TLDM sebagai Angkatan Laut yang mampan dan sentiasa siaga. Saya suka menggunakan ungkapan bahawa pertahanan adalah insuran dan merupakan satu jenis pelaburan. Kerajaan harus melakukan pelaburan pertahanan (defence investment) agar jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, negara mampu bertahan dari ancaman dan impak kepada risiko keselamatan negara dan rakyat adalah minima.
Mungkin ada pihak yang beranggapan bahawa Keselamatan Menjamin Pembangunan adalah satu retorik, tetapi sebenarnya merupakan satu realiti. Lihatlah apa yang berlaku apabila sesuatu negara atau wilayah tidak berupaya mempertahankan diri seperti mana yang berlaku di Ukraine dan beberapa negara Islam.
Apakah yang mendorong Tan Sri untuk meneruskan perjuangan ini?
TLDM tetap fokus dengan misinya iaitu mempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim negara. Itu janji TLDM, namun saya bimbang TLDM tidak mampu bertindak dengan berkesan dan efisien dalam sebilang keadaan sekali gus menjejaskan keselamatan dan keamanan negara dari ancaman luar.
Selalu saya ungkapkan bagi memahami situasi ini, sebagai contoh, kita diberikan tugas untuk menebang pokok kerana pokok tersebut menjadi ancaman kepada penduduk di sekelilingnya.
Jika saya diberikan gergaji mesin yang baik, sudah tentu saya dapat menebang pokok tersebut dengan cepat dan mudah, namun jika saya hanya diberikan pisau cukur atau gergaji tangan, sudah tentu ia mengambil masa yang lama dan mungkin mengakibatkan kecederaan kepada diri saya sendiri atau pokok tersebut tumbang dahulu menyebabkan kecederaan kepada penduduk sekeliling. Itulah analogi mudah untuk saya gambarkan situasi semasa TLDM dan keselamatan maritim secara amnya.
Begitupun, TLDM kekal komited menggalas tugas mempertahankan kedaulatan dan kepentingan maritim negara. Bagi memastikan TLDM melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan berkesan, TLDM harus berdaya saing selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
TLDM perlu mempunyai kemahiran dalam perancangan strategik, sentiasa fleksibel dan versatile dalam menghadapi apa jua senario keselamatan serta berupaya memberikan tindak balas atau respons yang tinggi apabila kedaulatan negara dan kepentingan maritim dicabar oleh anasir asing.
Komen Tan Sri tentang semangat juang anggota PASKAL
Semangat kental merangkumi semua cawangan atau kepakaran dalam TLDM. Malah ia merangkumi kesemua cabang ATM. Semangat juang anak-anak muda dan orang terdahulu inilah yang mendorong saya untuk terus berjuang untuk mereka hingga ke penghujung perkhidmatan saya. Mungkin saya boleh gambarkan semangat mereka dengan ungkapan berikut: "Kalau tak ada kapak untuk tebang pokok, pisau lipat pun boleh guna" "kalau tak ada rotan, akar pun boleh guna" "Laksanakan tugas, jangan banyak merungut" "Kedaulatan serta keselamatan negara perlu dijaga"
Kalau begitu Tan Sri, kita berada dalam keadaan yang baik?
Tidak! Semangat sahaja tidak memadai. Mereka harus dilengkapkan dengan peralatan lengkap untuk melaksanakan tugas dengan efisien dan berkesan. Pengorbanan mereka tidak boleh diukur dengan wang Ringgit dan selayaknya mereka diberikan penghormatan sewajarnya hasil dari pengorbanan mereka itu.
Tolong jangan ambil kesempatan atas semangat juang mereka. Saya tidak izinkan.
Harus diingat bahawa tahap kesiagaan yang dimiliki oleh ATM khususnya TLDM kini bukan sahaja menjejaskan kredibiliti ATM mempertahankan kedaulatan negara, malah menjejaskan maruah ATM selaku benteng utama yang dipertanggungjawab menggalas peranan besar mempertahankan kedaulatan negara. Keruntuhan maruah ini dengan tidak secara langsung boleh mengakibatkan hilangnya rasa hormat di persada antarabangsa terhadap negara kita.
Faida Rahim
Sun Oct 02 2022
Aset yang sedia ada ini perlu diselenggara dan selenggaraan memerlukan peruntukan mencukupi. - Gambar/PASKAL TLDM
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.