awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan dua mata peratusan

Bernama
Bernama
07/10/2022
09:49 MYT
Bajet 2023: Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan dua mata peratusan
Tengku Zafrul berkata, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 dan RM100,000. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Hampir satu juta pembayar cukai individu pemastautin bakal menikmati pengurangan cukai dalam usaha kerajaan menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40, demikian diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 dan RM100,000, katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul berkata banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 hingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus dan banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 hingga RM100,000, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.
Cukai pendapatan individu dikurangkan - Tengku Zafrul
Pada masa sama, katanya banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan kadar cukai dikenakan sebanyak 25 peratus.
"Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250.
"Ini bermakna, dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#cukai pendapatan dikurangkan
#Tengku Zafrul
#M40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan