awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2022
09:02 MYT
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menerusi pembentangan bajet yang bernilai RM372.2 bilion itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Membina daya tahan Keluarga Malaysia menerusi usaha memperkemas jaringan sosial, Bajet 2023 memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada sesiapa yang tertinggal serta membina Keluarga Malaysia yang lebih utuh, tatkala mendepani cabaran global yang semakin getir.
Menerusi pembentangan bajet yang bernilai RM372.2 bilion itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 dipandu prinsip-prisip responsif, bertanggungjawab, reformis.
“Bajet 2023 akan segera responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia, bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, OKU dan semua segmen masyarakat,” jelas Tengku Zafrul.
Jelas bekas eksekutif perbankan ini, bajet 2023 mengangkat prisip bertanggungjawab menerusi pembina daya tahan negara bagi mendepani sebarang krisis yang mendatang serta bersifat reformis merubah landskap pembangunan negara agar lebih inklusif dan mampan.
“Bajet 2023 bertanggungjawab untuk mengimbangi dasar fiska lyang mengembang dengan melaksanakan pembaharuan fiskal ke arah kemampanan kewangan Kerajaan dalam jangka panjang.
“Bajet 2023 ialah reformis yang mengambil peluang merubah landskap pembangunan negara agar lebih inklusif dan mampan di samping menyokong industri negara yang kukuh melalui pelaburan strategik,” katanya.
Sektor pendidikan terus menerima peruntukan terbesar, sejajar usaha mentransformasi sektor berkenaan demi masa depan Keluarga Malaysia.
Fokus kepada Kementerian Pendidikan turut melibatkan bantuan awal persekolahan dan Rancangan Makanan Tambahan demi mengurangkan kesenjangan dalam kalangan rakyat dari pelbagai latar belakangan, sekaligus mewujudkan sistem pendidikan yang lebih inklusif untuk semua.
Sokongan kepada golongan rentan serta golongan berisiko juga terus diperhebat menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia.
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut peka golongan berisiko dengan memperuntukan RM10 bilion untuk bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat & Bantuan Keluarga Malaysia.
Bajet 2023 turut menitik beratkan soal mewujudkan peluang ekonomi kepada golongan miskin tegar menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia dengan peruntukan RM1 bilion untuk dimanfaatkan oleh 50 ribu isi rumah miskin tegar.
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#MOF
#ekonomi
#Kementerian Kewangan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan